Kawan-kawan dan sahabat handai....

Selasa, Julai 07, 2009

gapo dio laaa budak khairy ni merepek di manik urai


Penyokong muda PAS ni rasanya budak-budak sekolah rendah dan budaktadika berusia 4 hingga 6 tahun yang percaya cakap si khairy ni. Bagi lolipop satu pitih samah, mmm bang khairy...budak-budak ni boleh mengundi ke? ke jadi pengundi hantu hehehe...jangan marah aaaaa
Patut la ada sumbangan beg sekolah, kasut sekolah lah....rupanya ini aje yang mampu dibelinya...kesian dia........

Ramai pemuda Pas dekati UMNO
KUALA KRAI 6 Julai - Ramai penyokong muda Pas mula mendekati UMNO dan menyatakan kesediaan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ia berpunca daripada beberapa krisis yang timbul sebelum ini dalam kepimpinan parti itu yang menyerlahkan wajah buruk mereka, tidak seperti yang dilaung-laungkan.

Menurut beliau, mereka yang kecewa dengan perkembangan itu telah sedar bahawa wadah perjuangan sebenar mereka hanya dapat diterjemahkan melalui UMNO.

"Bilangan mereka bukan kecil dan ia perkembangan yang amat serius dan membimbangkan bagi Pas.

"Puncanya ada hubung kait dengan krisis kepimpinan teruk yang berlaku dalam parti itu baru-baru ini dan masih lagi berlaku sekarang," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan BN di sini hari ini.

Ditanya kemungkinan ia hanya strategi Pas mengelirukan UMNO supaya merasakan berada dalam keadaan selesa hingga mengabaikan kempen, Khairy berkata, ia memerlukan pengesahan.

Bagaimanapun, beliau yakin kumpulan berkenaan jujur dan ikhlas, berdasarkan kepada maklum balas yang diterima melalui beberapa program yang dibuat sebelum ini terutama Program Pemuda Masuk Kampung.

Beliau berkata, pihaknya tidak bercadang membuat majlis penyerahan borang UMNO beramai-ramai secara terbuka yang dilihat tidak banyak membawa manfaat kepada parti berdasarkan kepada beberapa faktor tertentu.

"Selain mendedahkan mereka kepada umum terutama pihak Pas, kebanyakan daripada mereka juga masih sayang kepada parti itu tetapi pada masa sama juga berasa kecewa.

"Lebih baik mereka ini memboikot Pas secara senyap dengan tidak keluar mengundi atau pun masih keluar tetapi memangkah BN," katanya.

Petikan dari utusan meloya

2 ulasan:

  1. demo dah lupo ko pesane tue guru? Diberi kain, amik.. diberi aye, amik.. diberi gerek, amik.. tapi pangkoh tetap bule..

    BalasPadam

Orang kito