Jul 14, 09 3:48pm
Berdasarkan pengundian sehingga jam 3 petang tadi, Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yakin calon parti itu - Mohd Fauzi Abdullah - sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai.
Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.
Fatah berkata, jentera pilihanraya parti itu telah mengumpul dan mengira pembuangan undi setakat ini.
"Saya tak ingat berapa peratusan yang diperoleh oleh PAS dan BN.
“Tetapi saya boleh kata, kita akan menang dengan majoriti hampir 2,000 undi,” tambahnya.
Pada jam 3 petang tadi peratus pengundian mencecah 83.89 peratus atau 10,312 orang walaupun ada dua jam lagi untuk mengundi, sebelum pengundian tamat pada jam 5 petang.
sumber: malaysiakini.com
Lebih 85% keluar mengundi, Penyokong dan jentera BN sudah tidak kelihatan sejak 3 petang lagi. Bilik Gerakan PAS jangka calon PAS menang majoriti 1700 undi
sumber: suara keadilan
LAGI update dari PRKN41.PAS.ORG.MY
5.00 petang - Tepat jam 5 petang, semua pusat membuang undi secara rasminya ditutup. Keputusan dijangka akan diumumkan pada jam 8 malam.
4.55 petang - Di Temali, seramai 350 orang berhimpun di hadapan pusat pembuangan undi (50%Pas dan 50% BN)
4.52 petang - 10 minit sebelum tamat masa pengundian, peratus keluar mengundi sebanyak lebih kurang 86%
4.40 petang - Kemalangan di hadapan Sek. Keb. Sungai Perial, Nadiah Mohd Kamil, 24, dari Kuala Kangsar cedera di bahagian mulut diiringi pegawal keselamatan PAS
4.39 petang - Calon PAS, Abe Uji tiba di markas Induk PAS. Para penyokong menyambut dengan laungan takbir berkali-kali
4.31 petang - Calon BN meninggalkan UPU Temalih bersama pengiring-pengiringnya dengan bermotorsikal
4.30 petang - YB Takiyuddin berada di Sekolah Manik Urai Baru
4.16 petang - Calon PAS, Abe Uji dalam perjalanan menuju ke Markas Induk daripada UPU Temali
4.15 petang - Peratusan yang telah keluar mengundi sebanyak 84%
Kenderaan bergerak sangat perlahan dari persimpangan Manek Urai Baru ke Sungai Perial

Tiada ulasan:
Catat Ulasan