Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, Julai 15, 2009

Antara lapor dan tak lapor.....

INI YANG DILAPORKAN OLEH MEDIA

Sementara itu, seorang mangsa, Siti Nur Amalinda Idris, 21, berkata satu objek keras terkena kepalanya ketika cuba menyelamat seorang rakannya daripada menjadi mangsa provokasi kumpulan penyokong Pas.

"Saya cuba melindungi dia daripada dikepung penyokong Pas yang kemudian menendang dan memijak saya selain terkena balingan objek keras," kata ahli Puteri Umno Bruas, Perak itu.

Petugas Puteri Umno dari Taiping, Perak, Nurfarahana Abdul Rahman, 19, berkata keadaan bertukar kelam-kabut apabila petugas BN mempertahankan diri dengan melawan provokasi penyokong Pas sebelum saling berbalas balingan objek.

"Dalam kelam kabut, saya cuba lari tetapi ditolak hingga terjatuh dan dipijak beberapa kali sehingga diselamatkan anggota polis yang tampil mengawal keadaan," katanya.

Rakannya, Wan Nor Azziela Pawan Teh, 21, cedera pada pinggang akibat terkena objek keras dipercayai batu yang dibaling penyokong parti lawan,

"Pada mulanya keadaan terkawal sebelum masing-masing membaling botol air dan objek lain. Ketika melarikan diri saya terkena batu hingga bengkak pada pinggang," katanya. -Berita Hairan


YANG TIDAK DILAPORKAN OLEH MEDIA







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito