Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, Julai 15, 2009

Ayat-ayat orang kalah......6-0

Pertama kali dengar, bila kalah pilihanraya bersyukur. Nampaknya tradisi kalah pilihanraya kecil berterusan dari Pak Lah ke Najib.

Maknanya rakyat tolak BN walaupun ditaburkan dengan pelbagai janji, duit dan jambatan tambahan lagi keadaan Pakatan Rakyat yang masih lagi berceramuk dengan idea kerajaan perpaduan anjuran BN.

Ucapan terima kasih setingginya dan sekalung taniah kepada rakyat di Manik Urai.

Syukur pada ilahi, kepimpinan ulama dikekalkan di Manik Urai.


Petanda angin perubahan

TRONOH 14 Julai - Kekalahan tipis calon Barisan Nasional (BN) kepada calon Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai hari ini menunjukkan angin perubahan daripada rakyat bertiup kuat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan mengurangkan majoriti Pas pada pilihan raya umum lepas yang melebihi 1,200 undi merupakan satu isyarat jelas bahawa rakyat mahukan pembaharuan.

''Saya rasa bersyukur walaupun kita kalah 65 undi. BN berjaya kurangkan majoriti tetapi malangnya kita tidak dapat undi yang boleh meletakkan kita dalam keadaan menang.

''Saya rasa kita tidak harus kecewa kerana keputusan ini menunjukkan ada peningkatan sokongan yang cukup jelas kepada BN," katanya.- utusan meloya



Lagi satu betapa tak profesionalnya BN bila kalah

Bagaimanapun calon BN dan pemimpin-pemimpin parti itu tidak kelihatan di pusat penjumlahan undi yang diadakan di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.

Dipercayai mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk dari Manek Urai ke Kuala Krai.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, beliau sangat berbangga dengan pengundi di kawasan Manek Urai kerana mempunyai ketahanan diri yang kuat walaupun wang yang banyak digunakan. - mstar.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito