Apa dah jadi ni, makin lama makin parahlah orang melayu, bak kata tukartiub, mananya PERKASA, PEKIDA, PEWARIS dan macam- macam PE... lagi.
Mananya brahim ali, mananye student uitm yang kununnya lantang mempertahankan hak melayu, mana peginya ayahanda2 sekalian. Kalaulah Hang Tuah masih hidup tentunya dia malu dengan apa yang terjadi sekarang, "tak kan melayu hilang di dunia", nampaknya sedikit demi sedikit akan pupuslah bangsa kita angkara melayu yang bukan melayu.
Kalaulah isu tanah di Perak untuk orang cina miskin dipertikaikan, nah sekarang lihatlah apa dah jadi bila pak najib berkuasa, hampir seluruh semenanjung tanah melayu mahu digadaikannya.
Maka benarlah bak kata pepatah, 'Menang Sorak Kampung Tergadai'. Nampaknya apa yang dirisaukan menjadi kenyataan. Orang2 ameno sedarlah dan jangan sampai 'Nasi dah jadi bubur'. 'Sudah terhantuk baru terngadah'.
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan