Hari ini sinar harian membincangkan adanya puak2 didalam PAS tapi umumnya tiada apa yang berlaku seperti mana di dalam parti nazak ameno. Kenyataan anak tok guru, Nik Abduh cumalah omong pemecah-belah untuk melemahkan ikatan kukuh di dalam PAS. Tok guru Haji Hadi sebagai ikon dan tok guru Nik Aziz sebagai penaungnya.
Musyawarah dan muktamar adalah sebagai jambatan penghubung dan pengikut akar umbi dan kepimpinan peringkat tertinggi. Tiadalah perpecahan disebabkan pangkat, darjat, kuasa atau harta cumalah untuk memperkukuhkan keimanan dan ketakwaan setiap ahli.
Barang diingatkan muqabalah atau muzakarah yang mahu diusahakan hendaklah dillihat pada sejarah. Memali, penahanan ISA, menafikan hak negeri kelantan, menafikan royalti minyak negeri terengganu semasa pemerintahan PAS dan banyak lagi bentuk penindasan.
Pemilihan muktamar cumalah pemilihan kepimpinan dan musuh sebenarnya adalah parti umno yang tidak mahukan syariat dan syiar islam di negara ini terlaksana. Perbalahan dan persengketaan cumalah omongan media-media proksi umno maka janganlah gentar atau terikut-ikut rentak paluan gendang tajaan parti karat itu.
Gabungan kedua-dua tok guru ini sudah cukup kuat hingga menggentarkan hati pihak lawan. Rapatkanlah saf dan teguhkan keimanan nescaya selamat dunia dan akhirat.
Insya'allah............Takbir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan