Apa benda lagi ameno ni mahu....setelah kalah PRU12 dan kalah by election sebanyak 4 kali berturut-turut masih lagi ada hati mahu memancing PAS.
Sekadar ingatan pada juak-juak PAS yang masih percaya janji manis ameno ini ingatlah apa yang terjadi pada Dato Seri Nizar, apa yang terjadi di kelantan dahulu semasa ADUN PAS diculik, janganlah pisang berbuah 3,4 kali.
Sejarah membuktikan ameno ini cuma memerlukan PAS semasa rakyat menolak menghumban parti tua ini, jangan nanti sesal kemudian hari. Kita tidak menolak pembangunan yang dibawa ameno tetapi pada masa moral dan intergriti kepimpinan itu juga harus tidak dipandang enteng.
Lihatlah dan bertindak menggunakan akal yang dikurniakan allah. Najib yang masih lagi terpalit dengan isu skandal altantunya, scorpion, sukhoi bersama kepimpinannya yang masih tidak lagi bersih dari isu politik wang, krisis kudeta di Perak, rampasan hak negeri selangor dengan isu air, menderhaka pada raja, Islam dipandang lekeh dan pelbagai isu yang masih tidak terjawab. Maka ingatlah dan renungkanlah masa depan agama, bangsa dan negara sebelum bertindak melulu.
Hentikanlah muzakarah/muqabalah dengan parti yang menolak Islam secara terang-terangan.
Ingatlah pesanan tok guru Nik Aziz pasti selamat. Insya'allah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan