Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, Disember 09, 2009

Ruang maya pilihan rakyat malaysia, ruang media pakatan rakyat


Rakyat Malaysia Luang Lebih Banyak Masa Dalam Talian, Kata Google

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Rakyat Malaysia meluangkan lebih masa bagi melayari internet dan menjadi semakin arif tentang laman-laman di internet seperti Facebook, Tagged, Twitter, permainan Dragonica manakala berkongsi fail secara online dan laman storan '4shared' menjadi lima carian terunggul mereka dalam Internet tahun ini.

Mengumumkan Zeitgeist tahunannya bagi Malaysia hari ini, Google berkata rakyat Malaysia menggunakan kedua-dua media tradisional dan baru untuk mendapatkan berita terkini dan gosip tentang selebriti, manakala Raja Pop, Michael Jackson dan ahli politik Elizabeth Wong meninggalkan kesan mendalam kepada orang ramai tahun ini.

Alat Google Zeitgeist memberikan sedikit kefahaman tentang apa yang orang ingin tahu di Malaysia dan tentang topik bagaimanakah yang menarik minat orang di seluruh dunia, berdasarkan carian unggul.

Sementara itu, kata enjin carian online itu, Formula 1 mengatasi bola sepak dan badminton sebagai sukan terhangat tahun ini, dengan tiga daripada lima sukan terunggul mempunyai kaitan dengan F1, manakala pasukan F1 1Malaysia mengungguli carian sukan yang terpantas peningkatannya.

Dalam satu kenyataan di sini Selasa, ia berkata kelembapan ekonomi juga menyaksikan rakyat Malaysia mencari pekerjaan secara online melalui laman web pekerjaan kendalian kerajaan, jobsmalaysia.gov.my.

Malaysia menyaksikan lonjakan besar carian iaitu sebanyak 49 peratus bagi 'jawatan kosong' pada 2009 berbanding 2008.

Google berkata rakyat Malaysia juga mencari barangan murah melalui internet dan mencari tawaran terbaik mungkin, dari barangan isi rumah dan harta hinggalah kepada perjalanan dan elektronik.

Contohnya, perkataan 'sale' meningkat cariannya sebanyak 21 peratus pada 2009 berbanding tahun lepas.

Google yang diasaskan pada 1998 oleh pelajar Ph.D. Stanford, Larry Page dan Sergey Brin, hari ini merupakan harta laman web terunggul dalam semua pasaran utama global.

Google beribu pejabat di Lembah Silicon dan mempunyai pejabat di seluruh Amerika Syarikat, Eropah dan Asia.

sumber: bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito