Kawan-kawan dan sahabat handai....

Selasa, Disember 08, 2009

Ibrahim ali tak layak jadi MP...layak jadi sampah jer!!!


KUALA LUMPUR,30 April (Hrkh) - Suasana Parlimen hari ini 'panas' dengan 'pertikaman lidah' dan ketidakpuasan hati antara dua ahli Parlimen daripada bukan parti kerajaan iaitu Karpal Singh (DAP-Gelugor) dan Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang masing-masing mempertahankan hujah mereka.

Karpal pada sesi awal perbahasan meminta Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi menjelaskan kedudukan Ibrahim Ali di dewan sama ada merupakan ahli parlimen bebas memandangkan sebelum ini beliau bertanding atas tiket PAS.

Kenyataan itu menimbulkan ketidakpuasan hati kepada Ibrahim yang kemudiannya mencelah dan menyelar sikap Karpal yang tidak menghormati Parlimen.

Katanya, ketika sesi perbahasan dijalankan, beliau mempersoalkan kewajaran Karpal yang tidak meminta kebenaran dewan yang mulia untuk duduk sewaktu berhujah.

Umum mengetahui bahawa Karpal hanya berkerusi roda serta tidak boleh berdiri dan hanya duduk ketika menyampaikan hujah atau mengemuka soalan.

'Serangan' Ibrahim kemudiannya mengundang kemarahan sebilangan besar ahli parlimen khususnya daripada DAP yang meminta Ibrahim menarik balik kata-katanya itu kerana membawa maksud menghina.

"Beliau kena tarik balik kerana telah menghina Orang Kurang Upaya (OKU),"kata Ahli Parlimen Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah).

Azmin Ali (KeADILan-Gombak) juga turut kesal dan menggesa supaya ahli parlimen tidak mengeluarkan kenyataan atau hujah yang tidak menunjukkan sikap dan kenyataan sebenar seorang ahli parlimen (unparliamentary remarks).

"Ala... Yang Berhormat pun biasa hina orang, sesekali kena hina apa salahnya," kata Ibrahim Ali membalas.

betapa xada moralnya seorang MP menghina OKU...biadap dan sangat BIADAP!!!!

Katak yang tak kenang budi...dah dicampak longkang oleh puak UMNO, PAS kutip jadi macam ni pulak dia....maruah zero...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito