Kawan-kawan dan sahabat handai....

Khamis, Disember 10, 2009

Harapkan pagar...pagar makan padi...integriti kunun


Tugas Datuk Seri Ahmad Said Hamdan sebagai Ketua Pengarah SPRM(Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sudah pun berlalu. Kini hanya tinggal sejarah. SPRM pun sudah mendapat Ketua Pesuruhjaya yang baru iaitu Datuk Abu Kassim Mohamed yang merupakan bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tetapi hasrat Datuk Seri Ahmad Said untuk berehat dan menumpu sepenuhnya kepada urusan keluarga setelah berhenti secara mengejut “mungkin agak terganggu” dengan pendedahan terbaru daripada Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang mendakwa Datuk Seri Ahmad Said terlibat dalam salah laku dengan mendapat projek bernilai RM6 hingga RM7 juta. Wow!!

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mencabar Datuk Seri Ahmad Said Hamdan supaya membuat laporan polis sekiranya apa yang didakwanya sebagai palsu. Beliau bersedia membogelkan semua penyelewengan dan salah laku Ahmad Said, bukan sahaja dengan projek runding langsung dengan perbendaharaan negara itu tapi apa jua yang membabitkan diri beliau sendiri sehingga integriti SPRM dilihat tersangat kotor dan buruk.

Yang memeranjatkan sekiranya benar dakwaan yang dibuat oleh S Manikavasagam ini, di mana tali leher yang dibekalkan berharga sehingga RM1,000. Katanya lagi, projek membekalkan uniform dan cenderamata itu bernilai di antara RM6 hingga RM7 juta dan barang-barang ini disediakan oleh syarikat Kraftangan Mariwasa kepada pelanggan (SPRM) menerusi Bina Yakin Enterprise. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia telah memberikan kontrak yang dianggarkan bernilai RM 7.5 juta ringgit melalui rundingan terus serta meluluskan pembelian HEAD TO TOE kepada hanya satu syarikat iaitu Syarikat Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd yang beroperasi di Kuala Kangsar, Perak.

sumber: beritasemasa.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito