Ahli Parlimen Umno yang sebelum ini bersungguh-sungguh melobi untuk meluluskan lesen judi bolasepak cuba menjadi pejuang Islam apabila Ketua Penerangan Pemuda UMNO Datuk Seri Reezal Merican menuduh sumbangan kerajaan negeri Pulau Pinang memberikan sumbangan hasil judi sebanyak RM100 setahun manakala waris keluarga warga emas yang meninggal dunia menerima RM1,000.
Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata tuduhan yang dilemparkan itu adalah amat tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama-sekali.
"Hanya pemimpin Umno yang jahil sahaja cakap kerajaan negeri guna duit judi bila lesen judi dibagi kerajaan BN. Mana kerajaan Pulau Pinang dapat wang judi? Ini kerja jahat munafik! tulis beliau dalam Twitternya malam tadi.
Dakwaan itu katanya adalah merupakan tindakan terdesak Umno yang cuba menyerang kepimpinan Guan Eng selepas gagal dalam isu khutbah bulan lalu.
" Kerajaan Pulau Pinang memberikan wang kepada rakyat ia dikatakan wang haram tetapi wang yang diberikan kepada kroni mereka bagaimana? Saham Bumiputera RM52 bilion halal sejak ia dirampas kroni BN!" ujar Guan Eng.
Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang Ng Wei Aik berkata sumbangan itu adalah hasil dari pendekatan jimat cermat yang diamal kerajaan negeri sejak Mac 2008.
“Pada 2008 perbelanjaan yang berhemah dan sikap jimat cermat oleh kerajaan negeri, daripada peruntukkan sebanyak RM318.56 juta yang dibelanjakan hanya RM283.15 juta. Penjimatan sebanyak RM35.41 juta atau 11 peratus telah digunakan untuk manfaat warga emas dan waris mereka yang kehilangan ibu dan bapa,” kata Ng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan