Kawan-kawan dan sahabat handai....

Ahad, September 19, 2010

Bangkai Gajah Yang Tak Boleh ditutup Dengan Nyiru

Akhirnya pecah juga tembelang Umno apabila secara berterus-terang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan parti itu menjauhkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

Jumaat lalu, beliau dalam kenyataannya berkata Umno tidak ada konflik dengan pertubuhan itu walaupun terdapat pemimpin Umno yang cuba menjarakkan diri mereka daripada  duduk dalam kelompok yang dikenali sebagai ekstremis dan berbaur perkauman itu.

Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dalam reaksinya berkata tindakan itu akan memberikan impak negatif terhadap Umno kerana terdapat ahli Umno yang menyertai Perkasa akan membalas dendam.

"Jadi, kenyataan Najib sebagai menutup kenyataan yang dibuat Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur," ujar beliau berhubung keputusan yang bercanggah antara kedua-dua pemimpin di dalam Umno itu.

Pengerusi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali pula dalam pada itu memberi amaran kepada Umno bahawa kononnya seramai 300,000 ahli Perkasa merupakan ahli Umno.

Nampaknya, jangkaan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung hubungan antara Umno-Perkasa cuma lakonan dan auta semata-mata benar belaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito