Aku baru dapat tahu dari seorang sahabat aku yang ada satu Ketua Pemuda UMNO negeri telah membuat laporan polis pada 12hb Sept yang lepas berkenaan kes tanah yang dibeli oleh KP UMNO negeri ni melalui khidmat peguam yang disyaki membunuh Sosilawati iaitu Dato Pathmanabhan.
KP UMNO Negeri ini membeli tanah di Pulau Pinang, nilai hartanah yang dibeli oleh orang Kuat Khairy Kitol ini bernilai berjuta-juta ringgit sebenarnya dan KP UMNO negeri ni buat report sebab dia nak ambil balik wang pendahuluan sebanyak RM1.3 juta yang telah diberi kepada peguam tersebut!
Dasyat bebudak Kitol ni kan? Cuba korang bayangkan itu baru bagi wang pendahuluan RM1.3 juta, bermakna mesti hartanah yang dia nak beli tu bernilai berjuta-juta ringgit punya, dasyat kan KP-KP belaan si Kitol ni, beli hartanah juta-juta punya, tapi bila bab berjuang untuk orang Melayu semua diam membisu!
Lagi satu yang menjadi misterinya, Sosilawati terkorban sebab deal hartanah kat belah utara kan? Mungkinkah KP Negeri ni ada kaitan dengan kematian tersebut? Mungkinkah mereka berebut untuk membeli hartanah yang sama hingga terkorbannya Sosilawati dan rakan-rakan yang lain?
Bukan nak mempertikai, bila ada pembunuhan mesti ada motif, so apa motif pembunuhan Sosilawati ni sebenarnya? Biarlah pihak berkuasa yang membuat siasatannya, namun ada baiknya kalau disiasat KP UMNO Negeri ni yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Langat hari tu! Oppssss...terlepas la pulak..
Ada lagi pemimpin UMNo yang menggunakan perkhidmatan guaman peguam yang sama, klik sini.
Kalau nak tau siapa KP UMNO Negeri ni mudah je, aku bagi sikit klu la ya, baru-baru ini dia dikatakan sudah menghantar surat perletakan jawatan tetapi tidak diterima Kitol kerana Kitol tak mahu sokongan terhadap diri dia berkurangan! Klik sini
Wahai Tuan PM, kalau masih simpan si Kitol dan balaci-balaci dia dalam UMNO ni lagi, alamatnya memang hancur la UMNO!
Sumber : parpukari.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan