Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Februari 19, 2010

MP Australia, Michael Danby Anggap Ibrahim Ali 'Bodoh' dan Jahil'

Oleh Dzulkarnain Taib

Ahli Parlimen Australia Michael Danby menganggap perbuatan Datuk Ibrahim Ali yang menggelar beliau peliwat sebagai "bodoh" dan "jahil"

Dalam komen beliau kepada Suara Keadilan, anggota Parlimen daripada Parti Buruh Australia (ALP) itu berkata tindakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa hanya memalukan Perdana Menteri Najib Razak dan Umno di mata dunia.

Semasa demonstrasi di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia yang dianjur bersama oleh Perkasa, Pergerakan Pemuda Umno dan Barisan Nasional Rabu lalu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu mendakwa Danby sebagai "homosexual" (peliwat).

Ibrahim memetik peribahasa Inggeris, "birds of a feather flock together" sambil berkata, "Saya dengar Danby adalah peliwat!," pada demonstrasi tersebut.

"Menyerang secara peribadi dengan melabelkan saya sebagai "homosexual" adalah menjijikkan dan perbuatan hina.

"Berbeza dengan negara ini, kami menilai seseorang di atas kekuatan peribadi dan tidak menghakimi seseorang itu berdasarkan kepada peribadi mahupun kaum, agama ataupun orientasi seks mereka.

"Kenyataan bodoh daripada Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan seperti Ibrahim Ali bukan sahaja membuktikan pemikiran yang lemah dan jahil tetapi juga memalukan Perdana Menteri Najib Razak dan parti pemerintah Umno.

"Kenyataan tersebut membuktikan kepada rakyat dan masyarakat antarabangsa bahawa kerajaan Malaysia tidak mempunyai apa-apa asas kukuh untuk mempertahankan pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim melainkan menggunakan taktik melempar gelaran hina kepada orang lain," kata Ahli Parlimen Melbourne Ports berusia 55 tahun itu.

Perkasa bersama anggota Pergerakan Pemuda Umno dan BN berdemonstrasi di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia di Jalan Yap Kwan Seng bagi membantah tindakan sekumpulan Ahli Parlimen Australia yang mendesak pertuduhan tidak berasas ke atas Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan.

Pada 11 Februari lalu Danby serta 50 Ahli Parlimen Australia menghantar surat rasmi kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia Datuk Salman Ahmad bagi mendesak tuduhan tersebut digugurkan.

Ikuti temuramah khas Suara Keadilan bersama Michael Danby dalam edisi cetak pada 23 Februari.

3 ulasan:

  1. lompat si katak lompat
    lompat tinggi-tinggi
    yg dicari tak dapat
    dapat penyapu dgn seligi

    wak malu dgn manusia jenis ini
    elok dibuang kelaut saja
    jangan dok layan sangat
    dah gila meroyan

    BalasPadam
  2. Dah muka dia macam orang bodoh! Kui! Kui! Kui! Buat malu aje berdemonstrasi di kedutaan Australia! Itulah duduk bawah tempurung lama-lama sangat! Buat malu Najib aje! Kui! Kui! Dah lawak status keldai!

    BalasPadam
  3. tahukah anda siapa dia MICHAEL DANBY ni...
    Ni saya bagi tahu sikit... yg lain type sendiri kat google search....
    Jng main sokong je beb...

    Other Positions
    Deputy Chair, Australia/US Parliamentary Friendship Committee.
    Secretary, Australia/Israel Friendship Group.
    Chair, Parliamentary Friends of Tibet

    BalasPadam

Orang kito