Kawan-kawan dan sahabat handai....

Khamis, Februari 18, 2010

Anwar Lantik Tiga Pakar DNA Asing

Pasukan pembelaan kes Konspirasi II terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik tiga pakar Asid Deoksiribonukleik (DNA) dan forensik dari luar negara untuk membantu dalam perbicaraan kes tersebut.

Salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair dalam satu kenyataannya berkata ketiga-tiga peguam itu akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula esok.

Ketiga mereka ialah Dr Brian Mc Donald dari Sydney, Australia, pakar forensik Dr C Damodaran, dari Chennai, India dan Dr David Wells dari Melbourne, Australia.

Dr Mc Donald adalah ahli patologi dari Universiti Western Australia dan merupakan Pengarah DNA Consults.

Dr C Danodaran pula mempunyai 28 tahun pengalaman dalam bidang forensik dan 36 tahun dalam bidang bio-kimia dan toksilogi.

Manakala Dr Wells merupakan Prof Madya dalam bidang jenayah di Universiti Melbourne dan Ketua Bahagian Perubatan Klinikal Forensik di Institut Perubatan Forensik Victoria.

Mereka akan menyediakan laporan kepakaran dalam bidang DNA yang akan dikemukakan dalam perbicaraan nanti.

Mahkamah yang bersambung esok akan mendengar permohonan Anwar supaya hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Dian menarik diri dalam perbicaraan tersebut.

suara-keadilan.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito