Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Januari 29, 2010

Anwar dinafikan bahan bukti oleh mahkamah persekutuan, apa maksud sebenar?

Sebagaimana yang dijangka, Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan dokumen dan bukti relevan bagi membolehkan peguam beliau menyediakan pembelaan tuntas untuk perbicaraan mantan Timbalan Perdana Menteri itu pada Selasa depan.

Anwar telah meminta salinan kenyataan penuduh Saiful Bukhari Azlan, laporan perubatan yang relevan dan salinan rakaman video di pintu masuk kondominium Jalan Setia kasih, Bukit Damansara di mana Saiful mendakwa tuduhan fitnah liwat itu berlaku pada Jun tahun 2008 .
Peguam-peguam Anwar memohon untuk diberikan akses kepada bahan bukti itu bagi membolehkan mereka menyediakan soal balas yang bernas terhadap saksi yang dikemukakan oleh pendakwaraya, demi memastikan keadilan.

Hakim Abdul Hamid Embong bagaimanapun mengumumkan bahawa panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan Anwar tidak berhak mendapatkan salinan bukti yang dipohon itu.

Keputusan itu selari dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini membenarkan Anwar mendapatkan salinan bukti yang dipohon itu.

Hakim Mahkaman Tinggi Mohd Zabidin Mohd Diah telah membenarkan permohonan Anwar itu kerana berpendirian Ketua Pembangkang itu perlu diberikan ruang secukupnya untuk menyediakan pembelaan tuntas.

Namun keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini bermakna Anwar telah gagal dalam semua permohonan beliau di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan pembelaan daripada tindakan-tindakan yang diambil oleh Peguam Negara Gani Patail.

Saiful membuat tuduhan itu beberapa hari selepas beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Najib Razak dan sehari selepas beliau mengadakan pertemuan “sulit” dengan seorang pegawai polis kanan Rodwan Mohd Yusuf.

Rodwan adalah pegawai polis yang dilaporkan cuba memalsukan bukti DNA terhadap Anwar ketika perbicaraan beliau pada tahun 1999.

Tuduhan itu dibuat oleh Saiful ketika Najib sedang memimpin kempen Umno untuk menghalang Anwar daripada memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh dan sekali gus diangkat menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Tuduhan fitnah itu gagal mengalihkan sokongan untuk Anwar yang menang dengan majoriti besar dan mantan Timbalan Perdana Menteri itu kini menjadi seteru politik utama Najib.

sumber:tvselangor

9 ulasan:

  1. Insyaallah pertuduhan kali ini, akan membuatkan keputusan pilihanraya umum PRU 13 ini menyaksikan PR akan menuju ke Putrajaya.

    Rakyat boleh ditipu sekali tetapi hanya orang yang bodoh dan buta perut saja PERCAYA untuk kali ke 2.

    BalasPadam
  2. Anwar sengaja melengah-lengahkan kes liwatnya.
    Tindakan ini menimbulkan keraguan kerana jika benar beliau tidak bersalah, kenapa nak tangguh lagi?

    Dulu beliau enggan angkat sumpah ‘mubahalah’ sedangkan Saiful dah pun bersumpah.

    Perkara ini menimbul keraguan sama ada beliau benar-benar tidak bersalah.

    Maaf, saya buka peminat Anwar, tapi menyokong kuat perjuangan PAS. Tapi berharap agar komen ini disiarkan untuk saya mendapat jawapan.

    BalasPadam
  3. kay du lac...kamu ni tak cerdik

    BalasPadam
  4. kay du lac... napelah ko bengap sangat,...org mintak bahan nape tak bagi???? so sape yg nak tangguh. bila nak pegi perang kenalah siapkan senjata... takkan pegi membuta tuli saja. kalau ko tak paham pasal undang2 baik dok diam2 dalam almari.

    BalasPadam
  5. kay du lac...4 ulama terkemuka dunia menyokong qazaf tetapi kenapa mahkamah syariah melengah-lengahkan dan jika benar tuduhan liwat kenapa dibicarakan di mahkamah sivil sedangkan kita mempunyai mahkamah syariah yang boleh membicarakan kes seperti DSAI....fikir-fikirkanlah

    BalasPadam
  6. kay du lac PAS tak mahu orng mcm kamu.menghabiskan beras je.pegi ikut hamidah osman lagi bagus.

    BalasPadam
  7. kalu betul betul tak buat,
    tak payahlah mintak itu ini,
    pegi je bicara,apa nak takut,

    BalasPadam
  8. org lain bicara tak pun mintak itu ini,
    apahal pulak dgn dia ni...

    BalasPadam
  9. Salam,

    Trimas atas semua komentar yang diberi. Banyak yang sudah terjawab. Komentar anda sangat dihargai.

    Cuma masih keliru tentang hukum Qazaf. Kalau tak salah saya, qazaf boleh digunakan apabila tuduhan dibuat kepada penzina oleh penuduh tanpa sebarang bukti (tanpa saksi). Macam kes Anwar pada tahun 1998. Itu mmg patut gunakan Qazaf ; )

    Tapi dalam kes ni, yang menuduh ialah Saiful. Si mangsa. Jadi dia tak perlukan saksi kerana 'di rogol'. Kalau ada saksi, saya ingn menjemput zu mdnor yang biadap mulutnya untuk tumbuk saksi tersebut kerana tidak membantu mangsa 'rogol'.

    Saya cuma tak faham dan kurang ilmu. Mahu penerangan. Tak perlu begitu marah kepada saya. Anda semua cerdik pandai, banyak ilmu. Tapi bahasa perbincangan penuh emosi. Dengan jawapan yang baik mungkin saya juga akan boleh menyokong Anwar.

    BalasPadam

Orang kito