Umno Kelantan Masih Ada Peluang Dapatkan Sokongan Rakyat
PASIR MAS, 22 Nov (Bernama) -- Umno Kelantan masih mempunyai peluang cerah untuk mendapatkan sokongan rakyat memandangkan banyak kelemahan pada pihak PAS yang masih belum dieksploitasi sepenuhnya.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata bagi tujuan itu Umno perlulah meningkatkan jentera penerangannya dan harus merebut peluang akan kemelut yang melanda PAS.
"Umno di Kelantan kini underdog (tidak mendapat sokongan) tetapi jangan lupa Manik Urai... keputusan pilihan raya di kawasan itu baru-baru ini jelas menunjukkan rakyat Kelantan mahu berubah," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata perlu bagi Umno untuk terus bekerja keras bagi memperkasakan parti itu agar terus mendapat sokongan rakyat.
"Saya mengarahkan Bahagian Penerangan untuk bermuzakarah mengenai isu-isu semasa kepada ahli sebulan sekali, supaya mereka faham isu-isu semasa di samping dapat merapatkan hubungan sesama ahli," katanya.
-- BERNAMA
P/S-Bagi dulu royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan....tak payah nak mimpi sampai air liur basi nak rampas kelantan kalau parti dan puak sendiri pun tak betul....
Kalau ada hati dan ada akal mungkin menteri itu tidak tergamak nak bercakap pasal pengaruh umno di kelantan apatah lagi mengigau nak memerintah Kelantan.ORANG KELANTAN TAK PERGI SEKOLAH KE DATO'?
BalasPadamSetelah kamu putar belit pasal royalti minyak tu...nak tipu rakyat Kelantan kemudian kamu nak ajak orang Kelantan sokong pemimpin UMNO yang dok belit Kelantan siang malam tu....Kalau ada hati dan ada akal.......
Rasanya orang Kelantanlah yang lebih tshu kerana merekalah yang ditindas oleh pusat selama PAS memerintah negeri itu.
Kalau ada hati dan akal...MUSTAHIL UMNO MENANG DI KELANTAN DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG.