1.Ambil tanah rakyat, buat jalan besar dipanggil 'highway', dirikan pondok-pondok hulur tangan, buat perjanjian 25-30 tahun namanya konsesi...tiap-tiap 2 hingga 3 tahun ada kenaikan...confirm anda kaya
2.Jual petrol kualiti rendah dengan harga semaksimum yang mungkin, minyak sendiri jual ke negara luar dengan harga setinggi mungkin...confirm anda kaya lagi
3.Beli kapal selam atau jet pejuang guna orang tengah, makan percent...untung atas angin...anda lagi kaya
4.Alaf baru cara baru guna sahaja menatang yang bernama 'GST', seperti direct selling, income atau keuntungannya akan dibuat walaupun semasa anda tidur, anda mandi, anda berjalan dan bergerak 24 X 7, non stop...lagi cepat kaya.....
Sebagai rakyat kita tidak menolak jika cadangan atau cara yang hendak dibuat ini kena pada masa dan tempatnya. Dalam situasi ekonomi negara dan dunia yang tidak menentu dan ditambah dengan keadaan pasaran dunia masih tercari-cari arah adalah tidak tepat jika dilaksanakan.
Tambahan dengan pendapatan penduduk yang jurangnya terlalu lebar antara yang kaya dan yang miskin, dan bebanan perbelanjaan harian yang meningkat saban hari dan saban tahun akan menyebabkan keadaan ekonomi semakin tak berkembang kerana rakyat dalam kesempitan dan menjerumus negara ke arah ekonomi yang 'stagnant' atau kaku disebabkan kuasa beli rakyat berpendapatan sederhana dan ke bawah terhad menyebabkan putaran ekonomi negara menjadi tidak sihat. Renung-renungkanlah.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan