Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Oktober 17, 2009

Malaysia dah lama lingkup kalau Petronas tak ada...


Sedarkah anda 45% daripada pendapatan kerajaan adalah daripada RM yang disumbangkan oleh PETRONAS. "Kerajaan Malaysia adalah pelabur paling bijak di dunia" kata Presiden PETRONAS (tanyalah orang PETRONAS bila kata-kata ini diucapkan). Kenapa? Kerana dengan hanya melabur sebanyak RM10juta, kerajaan memperolehi pulangan lebih 400 billion dan nilai terkumpul ini akan bertambah setiap tahun. Tatkala pendapatan PETRONAS merudum tahun lepas, pembayaran kepada kerajaan Malaysia pula kekal dengan trend menaik!

Alhamdulillah, PETRONAS berjaya melaksanakan tanggungjawab kepada pelaburnya dan hasilnya dinikamati oleh seluruh rakyat Malaysia. Persoalannya : Bagaimana jika pada tahun 2017 (bukan lagi 2014), hasil petroleum dan gas kita habis. Daripada mana pula kerajaan nak dapatkan wang untuk perbelanjaan negara? Lingkuplah Malaysia jika PETRONAS sudah hilang sumber pendapatannya! Apa akan jadi dengan ekonomi kita nanti? Apa akan jadi dengan rakyat kita nanti? Apa akan jadi dengan anak-anak kita nanti?

Hasil bumi yang diselenggarakan dengan baik oleh PETRONAS ini dijangkan habis dalam tidak sampai 10 tahun lagi. Apakah persediaan Malaysia untuk menghadapinya. Kita mewah hari ini kerana kita ada minyak. Tapi jika kita gagal merancang dan menguruskan wang ini dengan baik Malaysia akan terkebelakang 10 sepuluh tahun daripada Singapura. Pelikkan, Singapura lebih maju walaupun ia tiada hasil bumi langsung! Malaysia juga boleh lakukannya jika kita bermula daripada sekarang. Janganlah dibazirkan lagi wang untuk projek-projek mengarut seperti Piala Monsoon!

Pakatan Rakyat terpekik terlolong tika kerajaan tidak menaikkan subsidi untuk menampung kenaikan harga minyak dunia tahun lepas. Jika minyak sudah habis nanti, harga minyak dalam negara ini akan melambung dan kerajaan BN mahupun PR tidak akan mampu mensubsidi lagi kerana Malaysia sendiri terpaksa mengeksport minyak untuk keperluan rakyat. Papa lah Malaysia jika kita terus bersikap seperti hari ini.

Rakyat yang bengap akan berkata PETRONAS bermula dengan modal kerajaan maka seharusnya ia bertanggungjawab membantu kerajaan bermati-matian." Tahukah anda, tatkala syarikat persaing minyak dunia melaburkan semula 57% hingga 70% daripada hasil jualan petroleumnya untuk pembangunan syarikat mereka supaya terus kompetitif dalam industri Oil & Gas, PETRONAS cuma dibenarkan melaburkan semua 21% daripada hasil pendapatan tahunannya untuk terus berkembang. Itu pun ada rakyat yang bising kata 21% itu pun patut digunakan untuk mensubsidi harga minyak untuk rakyat! Bungkuslah PETRONAS nanti kerana tiada modal pusingan. Rakyat dan kerajaan Malaysia masih bengap, berfikiran jangka pendek.

Tahukah anda, cuma 25% daripada pendapatan PETRONAS adalah daripada hasil minyak dan gas yang digerudi keluar daripada hasil bumi Malaysia. Manakala 75% lagi adalah hasil daripada pelabur PETRONAS di luar negara. Penerokaan peluang perniagaan diluar negara adalah dengan inisiatif PETRONAS sendiri. Kepakaran kakitangannya yang membantu menaikkan PETRONAS hingga tersenarai dalam Fortune 500 companies dan ranking ke 8 (tahun 2008) dalam senarai syarikat yang menjana pendapatan terbanyak di dunia. Tapi pendapatan PETRONAS hari cuma 1/4 sahaja daripada pendapatan EXXONMOBIL! Jadi, jauhkan politik daripada PETRONAS jika Malaysia sayangkan PETRONAS.

Malaysia perlu menyiapkan diri untuk mencari alternatif pendapatan selain daripada PETRONAS. Hari ini PETRONAS dibebankan dengan tanggungjawab 'memberi makan' Malaysia. Ibarat Bapa dan anak. jika tiada bapa, anak mati kebuluran.

1 ulasan:

  1. Salam..
    saya setuju bahawa petronas adalah penyumbang terbesar kepada pendapatan Malaysia.Rakyat lah yang sepatutnya mendapat sepenuhnya keistimewaan subsidi2 ini.Apa gunanya tercipta projek2 mega yang hanya lebih menguntungkan pada individu2 tertentu sahaja?Pemberian subsidi hendaklah berpada-pada.sememangnya rakyat berhak mendapat subsidi minyak.(Lihatlah betapa makmurnya negara Brunei)Lebih 50 thn merdeka dgn rakyat yg sudah byk berilmu,tidak munasabah tiada pemikir2 yg boleh memikirkan bagaimana hasil pendapatan dari petronas ini dapat di manfaatkan.Jika seorang pemimpin iaitu seorang ahli politik yang tiada asas2 ilmu ekonomi menterjemahkan hasil ini,habis lingkup 1 Malaysia.Kebanyakkan skrg ini byk pemikir2 cuba menggunakan hasil pendapatan ini utk projek2 mega yg boleh menguntungkan individu2 tertentu.Hanya ada idea2 bagaimana utk mengeluarkan pendapatan ini untuk projek yg menguntungkan berganda-ganda kpd individu2 tertentu.
    Bagi pandangan kasar,pendapatan Malaysia skrg lbh tertumpu kpd hasil domestik.Cukai dari syarikat2 lebuhraya dan Perjudian jika dilihat amat besar.Begitu juga hasil dari kilang arak dan hasil tembakau(rokok).Byk pelabor2 luar telah tiada jika dilihat dari penutupan byk kilang2.Kerajaan lebih menumpukan kepada hasil perjudian dgn 3 syarikat utama(magnum4d,sporttoto,PMP) mengadakan cabutan 3 kali seminggu.ditambah lagi dgn 1 lagi cabutan istimewa.(Jgn buat2 tak tahu pula yang berada di puncak Genting Highland itu)Begitu hebatnya Malaysia dgn perjudian.

    BalasPadam

Orang kito