Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, Oktober 12, 2009

kita kalah dengan calon rasuah dan calon provokasi


kekalahan PAS/PR bukan disebabkan undi pos.Kekalahan ini adalah disebabkan mentaliti para pengundi Bagan Pinang sendiri.Pengundi melayu di sana kebanyakannya masih kuat kepada BN.Masih biru pekat lagi berkarat.Bukan saja di sana,malahan terdapat banyak tempat yang mempunyai penyokong BN.

Melayu Negri Sembilan rata-rata adalah penyokong BN terutamanya di Bagan Pinang.Ini yang dikatakan letak calon tunggul pun boleh menang.Penduduk di Bagan Pinang mungkin tidak ramai yang berhijrah ke Lembah Kelang untuk mencari kerja.Ke laut,pantai,ke kebun,ke kedai kopi itu lah rutin harian.Menjadi pengusaha atau pekerja pusat pelancungan terutamanya.sibuk dengan kerja2 itu sahaja.Sebelah ptg mungkin ramai yg meramal 4d apa yang akan keluar esok?Ada rakan2 sesiapa yg bekerja di lembah kelang datang dari sana??

Oleh sebab itu cerita2 politik satu Malaysia tidak sampai di sana.Penduduk di sana seolah katak bawah tempurung gamaknya.BN memang suka kalau rakyatnya tidak mempunyai minda yg terbuka.Entah berapa kerat yg mempunyai internet di rumah.Isu2 semasa skandal politik Malaysia tak di endahkan.Isu PKFZ,Altantuya dan sebagainya hanya di peroleh dari media arus perdana.Saya tidak pasti samada ada akhbar Harakah ada di jual disana?

Kepada anak rantau dari lembah kelang,hendaklah memberi info kepada org2 kampung tentang salahlaku pemimpin2 kita demi masa depan Malaysia.Sedikit berdebat pun tidak mengapa,asalkan boleh membuka minda kepada penduduk di kampung.

Kepada pemimpin2 parti Pakatan Rakyat,ketua2 bhgn PAS terutamanya hendaklah bekerja keras.Bukan bila ada pilihanraya sahaja baru nak berkempen dan tunjuk baik.buat la program2 yang baik.edarkan risalah2 mengenai isu2 semasa sekurang kurangnya 2 minggu sekali.perkara ini mesti berterusan.Bagaimana nak menggempur Bagan Pinang dgn ceramah sahaja.itu pun semasa PRK sahaja.Bukan semua org dtg mendengar.Info lambat sampai ke pengundi.Jika ada risalah2 yg berterusan mungkin pengetahuan isu2 itu boleh membuka minda penduduk.samada utk memilih perasuah atau seorang pemimpin yg bersih.

catatan badrul.hayat

komen-Apa yang dikatakan badrul memang benar, mood pengundi disana lebih kepada isu setempat, penduduk disana tidak banyak mengambil peduli politik negara. Malahan mereka hanya mementingkan kehidupan harian dan pengundi di sana kalau dihulurkan RM50atau RM100 cukup menjanakan kemenangan tambahan lagi dengan kehadiran undi pos menyukarkan kemenangan pakatan rakyat.

Apa-apa pun tahniah pada calon kita kerana sanggup mengambil risiko yang tinggi walaupun dicemari dengan insiden provokasi oleh penyokong-penyokong umno.

Tahniah pada PAS dan Pakatan Rakyat...kalah sekali bukan bererti selama-lamanya kalah

Lawan tetap lawan

3 ulasan:

  1. kalu hijau buat somak mate den ajo..cakap lah apepun..demi allah..semunya yang berlaku dibagan pinang adalah disebabkan penyokong pakatan jahanam ini yang semakin rakus..kita takkan biarkan oarang rakus dan membawa ajaran sesat ini terus berkuasa..pastikan pru13 kembali kepada BN..baru beri can sikit dah lebih2 sampai nak gadai maruah agama islam buat pa..ya allah turunkanlah bala kepada mereka yang selalu berdusta ni

    BalasPadam
  2. Saya setuju dgn pendapat tersebut,..yang meramaikan penyokong pembangkang rata-rata bukanlah pengundi Bagan Pinang, alahai DUN tu bukannya besar sangat tapi kesombongan puak BN fuyyooo macam menang satu negeri, cam di rampas perak tu ler,..menang PRK tidak akan menggambarkan keseluruhan kemenangan pada PRU 13 nanti tapi TREND kemenangan itu yang penting untuk di analisa bagi menggambarkan sokongan majoriti rakyat Malaysia, kepada kelambuharimau tu, toksahlah mendabik dada, terimakasih atas doa anda, hanya yang Maha Esa mengetahui segalanya.

    BalasPadam

Orang kito