Pemuda Umno ikrar pastikan Anwar tidak bentuk kerajaan
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno hari ini berikrar memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai 'sesumpah politik' yang melalaikan masyarakat Malaysia, tidak akan dapat berkuasa dan menubuhkan kerajaan.
Dalam ucapan sulung sebagai Ketua Pemuda Umno pada perhimpunan agung pergerakan itu, Khairy Jamaluddin, berkata Umno khususnya Pemuda Umno tidak akan membiarkan Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terus menipu rakyat dan mendakwa dirinya sebagai pemimpin yang bersih dan pejuang rakyat bawahan.
"Anwar Ibrahim melalaikan masyarakat Malaysia, memanipulasi dan mengulit jiwa mereka dengan kata-kata indah seakan-akan dialah pemimpin yang bersih, tulen, berintegriti, dan acap kali menuduh pemimpin Umno sebagai rasuah, rakus dan rasis.
"Tapi Anwar Ibrahim, jangan kamu lupa sejarah kamu kerana kami tidak lupa perbuatan lampau kamu. Apakah semata-mata Anwar Ibrahim beralih menjadi pembangkang, sejarah silamnya, segala dosa lamanya akan lesap begitu saja? Sejarah akan sentiasa membayangi Anwar ke mana sahaja dia pergi dalam arena politik. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
"Siapa sebenarnya Anwar Ibrahim? Pejuang rakyat marhaen? Pejuang agama Islam? Pejuang bangsa Melayu? Pejuang hak asasi berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar, seorang chameleon politik sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam.
"Tetapi Umno dan Pemuda Umno ingat sejarah sebenar Anwar, dan kami akan memastikan Penglipurlara Lidah Bercabang Dua ini tidak akan sekali-kali sampai ke Putrajaya," katanya.
Khairy berkata, menjadi tanggungjawab Pemuda Umno mendedahkan siapa sebenarnya pakatan pembangkang yang diterajui Anwar.
Beliau berkata, pakatan pembangkang bukannya sebuah parti politik yang tulen tetapi satu perhubungan rambang dan kasual tanpa prinsip moral, cinta sejati atau hormat menghormati.
"Satu pakatan yang sanggup tidur sekatil demi mimpi untuk ke Putrajaya, satu pakatan yang bernafas atas nafsu untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional," katanya sambil menambah pepecahan pembangkang boleh dilihat dalam banyak insiden selepas pilihan raya umum lalu.
P/S- Halo sedara, Anwar tak join pun perhimpunan umno, pasai apa pulak hang dok kalut sangat ni...Pujilah 1Malaysia ka, Rosmah ka....dok takut sangat dengan Anwar apa pasai...ada apa-apa ka???

Yang Hang tu melolong macam kerasukan hantu apahal? Baru anwar seorang, UMNO dan huru-hara . Mungkin kalo UMNO kalah pada pilihanraya yang ke 13, apa nak jadi dengan negara kita Malaysia. UMNO ni, kalo tak menipu, mana boleh menang. Itu yang bezannya UMNO denga Parti LDP di jepun. Sampai Kiamat pun UMNO tidak bole kalah sb kerjanya menipu saja. Kesian C Khairy terpaksa menjadi penjilat dan budak suruhan.
BalasPadam