Apa lagi tunggu ni...mana Barisan Bertindak Melayu....mana NGO Melayu....mana Ibrahim Ali
...mana Hishamuddin...mana Khairy yang kununnya menjaga kepentingan orang melayu.
Senang-senang aje Najib umum menggadaikan hak orang melayu lagi. Habislah orang melayu macam ni...kalau dah sampai 70 peratus...nampaknya lepas ni orang melayu makin merempat di tanahair sendiri.
Bagi orang-orang manik urai....tolonglah jangan bagi satu undi pun pada umno....makin lama makin tergadailah harta dan hak kita pada tangan asing.
Asyik dok kata ke chin peng...sekali toleh belakang tengok, bangsa sendiri yang gadai hak bangsanya sendiri.
Ini baru betul....menang sorak...kampung tergadai!!!
KUALA LUMPUR 30 Jun – Garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang diwujudkan sejak 36 tahun lalu dengan mewajibkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti bumiputera bagi Tawaran Awal Permulaan (IPO) dimansuhkan berkuat kuasa hari ini.
Pemansuhan itu membabitkan garis panduan berkaitan pembelian kepentingan ekuiti, penggabungan dan pengambilan alih.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemansuhan garis panduan itu tidak akan diganti dengan mana-mana garis panduan baru.
Penguasaan asing dalam syarikat broker ditingkat 70 peratus
KUALA LUMPUR 30 Jun – Had kepentingan asing dalam syarikat-syarikat pembrokeran akan ditingkatkan kepada 70 peratus berbanding 49 peratus sekarang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perubahan itu selaras dengan usaha meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan penyenaraian.
Menurut beliau, pelbagai perubahan besar dalam industri pembrokeran saham telah mengukuhkan pemain-pemain domestik dan meluaskan skop dalam aktiviti-aktiviti pasaran modal.
Katanya, pembabitan asing yang menggalakkan melalui pelbagai skim lesen khas telah memperbaiki persaingan dalam industri tersebut termasuk rangkaian global dalam pasaran modal Malaysia.
Salam
BalasPadammohon copy paste...
Terima Kasih
salam naruto
BalasPadamdipersilakan...takde masalah
mohon jasa baik tuan...pautkan shambatutiga.blogspot.com dalam blog tuan
Jasa baik tuan dikenang