Che Det telah menimbulkan soalan cepu emas tentang bagaimanakah RM253.6 ribu juta dimana telah diterima oleh kerajaan pusat daripada Petronas selama 6 tahun sebelum ini dibelanjakan.
Mantan Perdana Menteri dalam blognya hari ini berkata Petronas telah membayar dividen sejak tahun 1976.Pada tahun itu Petronas membayar sebanyak RM300 juta.
Pada tahun 1981, Petronas membayar sebanyak RM2 ribu juta.
Pada tahun 2003, Petronas membayar sebanyak RM15.6 ribu juta.
Jumlah keseluruhan Dividen yang dibayar Petronas dari tahun 1981 hingga tahun 2003 adalah sebanyak RM168.8 ribu juta dalam tempoh 22 tahun.
Che Det juga mahu penjelasan daripada kerajaan UBN bagaimanakah RM253.6 ribu juta ini dibelanjakan.
Che Det merujuk kepada Pengumuman Petronas pada 25 Jun 2009 telah membayar sebanyak RM30 ribu juta dalam bentuk dividenkepada kerajaan pusat berakhir tahun kewangan pada akhir Mac, 2009 walaupun penurunan 14 Peratus keuntungan kasarkepada RM52.5 ribu juta kerana penurunan harga minyak mentah dan tingginya kos operasi.
Sebanyak RM30 ribu juta termasuk dividen khas sebanyak Rm6 ribu juta telah diumumkan pada tahun lepas.
Selain daripada dividen yang dibayar, Petronas juga telah membayar cukai sebanyak RM29.4 ribu juta, RM6.2 ribu juta royaltidan duti eksport sebanyak RM2.2 pada tahun 2009.
Keseluruhan jumlah sumbangan Petronas pada tahun 2009 adalah RM67.8 ribu juta dan untuk tahun 2008 pula adalah sebanyak RM56.8 ribu juta kepada kerajaan pusat.
Persoalannya....Apakah yang dibuat oleh UBN dengan wang ribu juta ribu juta ini....Apakah manafaat kepada rakyat di atas kurniaan dan limpahi ilahi di bumi bertuah ini.
Bukan sahaja che det bertanya...bahkan rakyat 1 Malaysia bertanya????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan