Kawan-kawan dan sahabat handai....

Ahad, Jun 28, 2009

Tok Guru ajak berdebat...dia tepis pulak


Apa hal la parti tua ni? Tok guru ajak berdebat dia tak mahu pulak, asyik menyanyi lagu muzakarah. Kenapa dengan berdebat? Kenapa tolak?


Dah berhari-hari, berminggu-minggu dengan lagu muzakarahnya, bila tok guru ajak berdebat, macam-macam pulak dia, itu lah ini lah....


Inilah dia....jenis manusia kita tak boleh percaya, sedangkan apa bezanya berdebat dan bermuzakarah...kalau ikhlas memang nak berjumpa dan berbincang.


Jangan jadi seperti kata bidalan, 'baling batu....sembunyi tangan'. Sebelum ni beria-ria sungguh nak bermuzakarah. Bila Tok Guru 'twist' sikit perkataan dari muzakarah jadi debat, dah mula gabra...


Rasanya Pakatan Rakyat sokong sangat kalau berdebat dengan umno ni kerana masa inilah yang terbaik untuk berdiskusi atau berbincang tentang jenis perpaduan yang dimaksudkan umno.


Najib juga janganlah gementar sangat dengan perkataan berdebat kerana ini adalah ruang medium yang sangat jelas dan nyata dan memberi peluang kepada semua rakyat malaysia melihat dan menonton keikhlasan UMNO dalam isu perpaduan ini.


Islam memang mengajak umatnya berpadu dalam kesatuan ummah tetapi dalam bentuk moral pun hendaklah bersih juga.


Ibarat berbincang dengan Abu Jahal...memang betul berbincang tapi pada masa yang agenda jahatnya adalah untuk menghancurkan kesatuan dan keimanan umat islam di bawah kepimpinan Nabi Muhammad SAW.


Jenis perbincangan seperti inilah yang tidak dimahukan oleh tok guru dan kepimpinan Pakatan Rakyat.


Jelasnya disini, PAS tidak mahu menjadi ibarat 'melepaskan anjing tersepit', nanti terlepas digigitnya pula kita dan ini sudah terjadi pada 1978 di bawah pimpinan Dr. Asri Muda.


Sejarah dan sirah PAS bersama UMNO itu sudah berlaku dan bagi kepimpinan PAS dan pelapis muda PAS ini hendaklah menjadi iktibar bagi mereka yang masih inginkan muzakarah dengan parti usang yang nyata mendatangkan lebih masalah dari kebaikan di hari kelak nanti. Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito