Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, November 18, 2009

Dari mahkamah syariah nak ke mahkamah tinggi,...ni kes sivil atau kes syariah???


Hakim tolak kes Dr. Asri dibawa ke Mahkamah Tinggi

GOMBAK, 18 Nov: Hari ini merupakan kejayaan moral pertama buat Bekat Mufti Negeri Perlis, Dr. Mohd Azri Zainul Abidin apabila Mahkamah Rendah Syariah Gombak menolak permohonan pihak pendakwaraya untuk membawa kes beliau ke Mahkamah Tinggi.

Dalam pendengaran kes itu hari ini, Hakim Wan Mahyudin Wan Mohammad menyatakan bahawa alasan-alasan pendakwaraya untuk memindahkan kes tersebut adalah tidak munasabah.

Pendakwaraya dalam penghujahan mereka sebelum itu telah memberi alasan bahawa kes ini wajar dibicarakan di mahkamah tinggi di hadapan seorang hakim yang berpengalaman dan kes ini juga telah menjadi terkenal disebabkan hebahan media masa.

Peguam bela mewakili Dr. Mohd Asri, Jamal Lokman Sulaiman dalam penghujahannya pula memberitahu permohonan dan alasan pihak pendakwaraya tersebut seolah-olah dianggap menghina hakim dan mahkamah rendah syariah sebagai tidak berpengalaman.

Seorang lagi peguam bela mewakili Dr. Mohd Asri adalah Kamal Aniah Kamarulzaman.

Permohonan memindahkan kes tersebut diserah pihak pendakwaraya hanya 10 minit sebelum perbicaraan hari ini bermula.

Dalam Pada itu, Dr. Mohd Asri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengajar tanpa tauliah.

Mahkamah juga menetapkan perbicaraan kes ini didengar pada 5 Januari depan di mahkamah yang sama.

Bekas mufti Perlis itu ditangkap di sebuah banglo di Hulu Kelang tengah malam 1 November lalu berhubung siasatan bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau kesalahan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.

Hadir sama memberi sokongan pada perbicaraan hari ini bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim, ADUN Hulu Klang, Saari Sungib, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin, anak bekas Perdana Menteri, Marina Mahathir dan selebriti Azwan Ali.

sumber:harakahdaily

1 ulasan:

Orang kito