Kawan-kawan dan sahabat handai....

Khamis, Mei 06, 2010

Selamat Hari Jadi Altantunya

SHAH ALAM 6 Mei - Pada 7 November 2006 cebisan mayat seorang wanita Mongolia berusia 28 tahun bernama Altantuya Shaariibuu ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Mayat beliau dijumpai 17 hari selepas dibunuh dengan kejam oleh dua anggota Unit Tindakan Khas dengan menggunakan bahan letupan C4.

Sekiranya beliau masih hidup Altantuya akan genap 32 tahun usianya hari ini tetapi takdir mengatasi segalanya.

Beliau dilahirkan pada 6 Mei 1978 kepada pasangan Dr Shaariibuu Setev, seorang profesor psikologi dan isterinya Altentsetseg Sanjaa.

Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China.

Beliau menguasai bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin dan Mongolia.

Altantuya bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan jurubahasa di Ulaan Bator. Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan.

Daripada maklumat yang diperolehi berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia saat-saat akhir kematian Altantuya adalah amat menyayat hati .

Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaiannya ditanggalkan dan kemudian mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.

Lebih kejam, Altantuya dikatakan ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Malah ada keterangan yang mengatakan beliau ditembak ketika merayu untuk tidak dibunuh kerana dirinya mengandung.

Kematian beliau akan dianggap sebagai biasa sekiranya takdir tidak mengaitkan beliau dengan beberapa individu berpengaruh di Malaysia termasuk dakwaan pembabitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan penasihat politik Abdul Razak Baginda.

Pembunuhan Altantuya secara amat tidak berperikemanusiaan telah mendedahkan skandal jenayah dan rasuah terbesar dalam sejarah Malaysia yang didakwa melibatkan sehingga peringkat pimpinan tertinggi negara.

Kedua-dua anggota UTK yang dituduh membunuh Altantuya telah didapati bersalah serta dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah dan kini menunggu proses rayuan.

Tetapi kesan yang lebih besar daripada kematian tragis Altantuya ialah terbongkarnya skandal rasuah yang membabitkan pemberian komisyen berjumlah 114 juta euro kepada syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak berkaitan pembelian kapal selam Scorpene.

Atas usaha gigih badan memperjuangkan hak asasi, Suaram skandal rasuah Scorpene ini sedang disiasat oleh pihak pendakwaraya Perancis.

Skandal Scorpene tidak lagi boleh ditutup pihak berkuasa Malaysia walaupun mereka berusaha keras untuk menyakinkan rakyat bahawa tidak ada sebarang salahlaku rasuah.

Ia sudah menjadi isu antarabangsa yang bakal mendedah serta menelanjangkan segala keburukan dan penyelewengan pemimpin yang rakus kuasa dan tamak haloba.

Mungkin akhirnya kematian Altantuya tidak menjadi sia-sia dan rohnya akan bersemadi dalam aman dan tenteram sekiranya kes rasuah Scorpene mampu membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan.

Hanya masa akan menentukan.

Selamat Hari Jadi Altantuya!

Sumber:Suara-Keadilan.com

Isnin, April 26, 2010

Siapa yang sebenarnya menang?

Datuk Zaid Ibrahim sebenarnya sudah menang....

Majoriti = 1725 Undi

Undi Rosak = 731 Undi

Undi Pos = 767 Undi

Pengundi yang dikesan awal nama mereka hilang = 201 Undi

Pengundi hantu yang dapat dikesan tapi terlepas di IKBN Ampang Pecah = 20 kereta bersamaan 80 undi

Ikut perkiraan di atas, Datuk Zaid sebenar sudah menang dengan majoriti 80 Undi

Bilangan yang tidak dapat mengundi = Ada dan angka tidak dapat disahkan lagi

64 Juta, Samseng, Hantu Cuma Menang 958 Undi

Selepas pelbagai taktik kotor dan keji yang digunakan rejim Umno-BN, mereka sebenarnya hanya mampu menang dengan majoriti 958 undi. Ini selepas majoriti keseluruhan 1725 undi ditolak dengan undi Pos 767 undi.

Dengan kemasukkan pengundi hantu daripada seluruh pelosok Hulu Selangor yang tidak terdaya jentera Pakatan Rakyat untuk menahan dengan bantuan pihak berkuasa....kita akhirnya tersungkur.

Ditambah dengan kempen terakhir BN membeli undi FELDA dengan harga RM50,000
dan rasuah projek pembangunan sebanyak RM64 Juta menyebabkan undi untuk Pakatan menjadi lebih parah.

Samseng dan gengster melayu yang dibawa masuk untuk menakutkan pengundi serta Orang Asli yang ditekan.

Dan paling akhir sekali, SPR yang bersengkokol memindahkan pengundi serta nama pengundi yang hilang menyebabkan Pakatan Rakyat tewas.

Must win at all cost atau taktik yang menghalalkan cara menyebabkan pakatan kalah.

Walau apa pun tahniah kepada pemimpin dan pekerja parti serta pengundi di Hulu Selangor kerana jika dikira undi kita telah menang 2 DUN dan kita kalah di Hulu Bernam dimana orang melayu Felda yang terpedaya dengan janji manis Umno BN.

Orang kito