Kawan-kawan dan sahabat handai....

Khamis, April 30, 2009

Kera...jagaan playsafe

Apa benda lagi ameno ni mahu....setelah kalah PRU12 dan kalah by election sebanyak 4 kali berturut-turut masih lagi ada hati mahu memancing PAS.
Sekadar ingatan pada juak-juak PAS yang masih percaya janji manis ameno ini ingatlah apa yang terjadi pada Dato Seri Nizar, apa yang terjadi di kelantan dahulu semasa ADUN PAS diculik, janganlah pisang berbuah 3,4 kali.
Sejarah membuktikan ameno ini cuma memerlukan PAS semasa rakyat menolak menghumban parti tua ini, jangan nanti sesal kemudian hari. Kita tidak menolak pembangunan yang dibawa ameno tetapi pada masa moral dan intergriti kepimpinan itu juga harus tidak dipandang enteng.
Lihatlah dan bertindak menggunakan akal yang dikurniakan allah. Najib yang masih lagi terpalit dengan isu skandal altantunya, scorpion, sukhoi bersama kepimpinannya yang masih tidak lagi bersih dari isu politik wang, krisis kudeta di Perak, rampasan hak negeri selangor dengan isu air, menderhaka pada raja, Islam dipandang lekeh dan pelbagai isu yang masih tidak terjawab. Maka ingatlah dan renungkanlah masa depan agama, bangsa dan negara sebelum bertindak melulu.
Hentikanlah muzakarah/muqabalah dengan parti yang menolak Islam secara terang-terangan.
Ingatlah pesanan tok guru Nik Aziz pasti selamat. Insya'allah....

Rabu, April 29, 2009

Gentlemen......

Saudara Fairuz yang gentlemen tanpa takut akan risiko kehilangan kuasa dan harta meletakkan jawatan sebagai TKM 1 dan ADUN Penanti dan jikalau dibandingkan dengan ADUN UMNO di Kedah walaupun sudah bangkrap tanpa segan silu masih memegang jawatan.
Di manakah SPR bersama pengerusinya yang baru. Apakah masih ada maruah kah? Jikalau dibandingkan antara BN dan PR, PR lebih bermaruah dan berhati waja. Apakah rakyat masih tidak membezakan mana intan, mana kaca. Kesabaran dan kecekalan ADUN PR tidak dapat dinafikan setelah difitnah dengan segala macam cerita kotor, diculik, diugut dan disogok oleh manusia-manusia yang tak tahu malu.
Sekalung tahniah dan berbanyak terima kasih kepada saudara Fairuz atas kesabaran dan pergorbanannya, dan kepada Dr. Mansur, selamat maju jaya dan selamat bertanding di DUN Penanti. Ayuh semua kita ke Penanti........

GERAK yang efisien

Sungguh efisiennya GERAK, sedia untuk memantau muktamar dan pemilihan dalam PAS. Hmmm kemudiannya akan disahutlah lolongan itu oleh SPRM yang berintegriti (ye ke....), Pemilihan Agung UMNO yang penuh dengan politik wang pun masih tiada tindakan, tak payahlah nak menyibuk menjaga tepi kain orang.
Bersih, Cekap dan Amanah yang diwar-warkan tidak pernah menjadi kenyataan. Tidak ada satu tindakan yang 'affermative' yang memperlihatkan kewibawaaan GERAK dan SPRM. Jerung-jerung yang masih terlepas tanpa tindakan, sedangkan ikan bilis yang menjadi mangsa keadaan.
Mana kehebatan mantan pengerusi GERAK, Ezam Mohd Noor yang dulu lantangnya mendakwa kepimpinan UMNO yang dulunya dikejinya.
Kalau isu lembu yang dihebahkan ke seluruh Malaysia, apa cerita dengan Khir Toyo, Ali Rustam yang terang2 dikatakan mengunakan politik wang, dan ramai lagi kepimpinan UMNO yang didakwa yang terlepas begitu sahaja tanpa penyiasatan dari pihak SPRM malahan tiada satu laporan polis yang dibuat oleh GERAK. Sungguh dan teramatlah menghairankan.
Kesimpulannya...GERAK ni bukanlah badan NGO lagi tapi NGOKKKK

Orang kito