Kawan-kawan dan sahabat handai....

Selasa, April 14, 2009

Banjir kilat di Kampung Sg.Rasah, Klang


Pada 5.30 ptg ahad (12/04/2009) hujan lebat turun tanpa henti menyebabkan beberapa kawasan di sekitar sg.rasau berlaku banjir kilat.
Kawasan yang terlibat ialah taman rashna,klang, jln batu tiga lama, batu 2 1/2 kg.sungai rasau.
Pasukan Unit bencana MBSA turut membantu melancarkan lalu lintas yang tersekat.
Turut turun padang membantu, YB Khalid Samad (MP Shah Alam). YB Rodziah ismail pada kejadian tersebut tidak dapat melawat kerana terpaksa menziarahi saudaranya yang meninggal dunia di Seremban.
Hujan mula berhenti lebih kurang 10.30 mlm dan air dari longkang utama mula surut dalam pukul 11.00 mlm, dan lalu lintas beroperasi seperti biasa.

Jumaat, April 10, 2009

Sketsa 'Jerangkung Dalam Almari'

Semalam PM baru umno mengumumkan barisan baru tapi muka lama yang dah lama rakyat tolak, takde yang special hanya bak kata orang puteh, 'cabinet reshuffle' only....paling menyedihkan rakyat malaysia...tak menang pilihanraya pun boleh jadi menteri, kesian la kat 138 ahli parlimen BN....seramai tu pun takde yang layak nak dipilih jadi menteri sampaikan yang tak dipilih rakyat dilantik jadi senator untuk memegang jawatan menteri.
Sebagaimana yang diramal oleh pemerhati politik, walaupun Khairy menang tapi tak dilantik menteri waima timbalan menteri pun tak ada tempat untuknya....ramalan kabinet yang diumumkan adalah lebih pada kabinet che det pun tepat juga...mukhriz yang kalah pemilihan pun mendapat tempat di dalam saf najib,
Team pak lah semuanya terpelanting disepak keluar dari kabinet, nampaknya semakin pendeklah jangka hayat politik khairy, pak mentuanye pulak sepi tanpa berita...hilang tah ke mana bersama jin nya,
Paling dramatiknya pulak, kebetulan pulak mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati pada dua ekor kambing hitam. Bak kata pepatah melayu,'hutang budi digantung sampai mati', apa nak buat...nasi dah jadi bubur.
Kesimpulannya yang boleh dibuat pada saf yang baru (kununnya)...'Pi Mai Pi Mai Tang Tu jugak'. wassalam.........

Rabu, April 08, 2009

Sekilas pandangan di dua bukit

Seramai 36,545 rakyat malaysia memilih Pakatan Rakyat sebagai Pemimpin , cuma 33,207 rakyat malaysia masih lagi tidak sedar diri atau belum bangkit dari lena dibuai mimpi indah dan janji serta termakan provokasi umno dengan tradisi lama dan pendekatan cara kotor.
Cita-cita dan hasrat rakyat malaysia menjadikan Pakatan Rakyat sebagai wadah perjuangan dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu untuk bersama-sama semasa susah atau pun senang.
Parti yang tika ini masih lagi memegang tampuk kuasa haruslah mengambil iktibar dan dan langkah yang proaktif bagi memenuhi kehendak rakyat marhain yang dahagakan kepimpinanan berhemah dan terhormat.
Kembalikankanlah hak rakyat Perak, hapuskanlah barah rasuah secara total, kembalikanlah kebebasan media dan rakyat, hapuskanlah Akta ISA yang menyekat kebebasan rakyat bersuara dan juga kedaulatan raja-raja melayu yang direntap oleh tangan-tangan mahkluk perosak agar Malaysia kembali di persada dunia sebagai negara yang berdaulat dan bermaruah dan tersohor di mata dunia.
Dua bukit sudah memberi signal, muhasabah atau ditalkinkan pada PRU13 nanti. insyaallah........

Orang kito