Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, April 08, 2009

Sekilas pandangan di dua bukit

Seramai 36,545 rakyat malaysia memilih Pakatan Rakyat sebagai Pemimpin , cuma 33,207 rakyat malaysia masih lagi tidak sedar diri atau belum bangkit dari lena dibuai mimpi indah dan janji serta termakan provokasi umno dengan tradisi lama dan pendekatan cara kotor.
Cita-cita dan hasrat rakyat malaysia menjadikan Pakatan Rakyat sebagai wadah perjuangan dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu untuk bersama-sama semasa susah atau pun senang.
Parti yang tika ini masih lagi memegang tampuk kuasa haruslah mengambil iktibar dan dan langkah yang proaktif bagi memenuhi kehendak rakyat marhain yang dahagakan kepimpinanan berhemah dan terhormat.
Kembalikankanlah hak rakyat Perak, hapuskanlah barah rasuah secara total, kembalikanlah kebebasan media dan rakyat, hapuskanlah Akta ISA yang menyekat kebebasan rakyat bersuara dan juga kedaulatan raja-raja melayu yang direntap oleh tangan-tangan mahkluk perosak agar Malaysia kembali di persada dunia sebagai negara yang berdaulat dan bermaruah dan tersohor di mata dunia.
Dua bukit sudah memberi signal, muhasabah atau ditalkinkan pada PRU13 nanti. insyaallah........

2 ulasan:

  1. Jangan lupa dan pastikan dalam rekod anda,dari 33,207 itu tidak semuernya pengundi biasa,melainkan hantu jelmaan berupa manusia yang sanggup mengadai maruah,agama,bangsa,dan negara,dengan habuan yang tak seberapa.

    BalasPadam
  2. Anda juga jangan lupa bahawa suatu hari nanti anda juga akan menjadi penentang arus kebangkitan..apabila anda tewas dalam godaan RM pihak mereka yang sentiasa tiada bermaruah dan bersekongkol dengan Iblis laknatullah..

    BalasPadam

Orang kito