Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, April 10, 2009

Sketsa 'Jerangkung Dalam Almari'

Semalam PM baru umno mengumumkan barisan baru tapi muka lama yang dah lama rakyat tolak, takde yang special hanya bak kata orang puteh, 'cabinet reshuffle' only....paling menyedihkan rakyat malaysia...tak menang pilihanraya pun boleh jadi menteri, kesian la kat 138 ahli parlimen BN....seramai tu pun takde yang layak nak dipilih jadi menteri sampaikan yang tak dipilih rakyat dilantik jadi senator untuk memegang jawatan menteri.
Sebagaimana yang diramal oleh pemerhati politik, walaupun Khairy menang tapi tak dilantik menteri waima timbalan menteri pun tak ada tempat untuknya....ramalan kabinet yang diumumkan adalah lebih pada kabinet che det pun tepat juga...mukhriz yang kalah pemilihan pun mendapat tempat di dalam saf najib,
Team pak lah semuanya terpelanting disepak keluar dari kabinet, nampaknya semakin pendeklah jangka hayat politik khairy, pak mentuanye pulak sepi tanpa berita...hilang tah ke mana bersama jin nya,
Paling dramatiknya pulak, kebetulan pulak mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati pada dua ekor kambing hitam. Bak kata pepatah melayu,'hutang budi digantung sampai mati', apa nak buat...nasi dah jadi bubur.
Kesimpulannya yang boleh dibuat pada saf yang baru (kununnya)...'Pi Mai Pi Mai Tang Tu jugak'. wassalam.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito