Kawan-kawan dan sahabat handai....

Ahad, Mac 21, 2010

Media Baru Bakal Kuasai Undi Rakyat, Utusan Bankrap Umno Bakal Lingkup PRU13

Sebanyak 92 peratus rakyat Malaysia mengikuti media baru seperti laman sosial Facebook dan Twitter Menurut Pusat Kajian Zentrum Future Studies.

pensyarah kanan Universiti Malaya Prof Dr Abu Hassan berkata jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan Eropah, Malaysia mempunyai lebih ramai pengikut setia media baru yang lebih percayakan laporannya berbanding dengan media arus perdana.

 Abu Hassan mengajak lebih banyak penyertaan golongan tersebut di internet.

Bercakap kepada kira-kira 900 pemuda di Kongres Anak Muda Kebangsaan di Petaling Jaya, Abu Hassan berkata kebangkitan media baru sekarang ini telah menjadi semacam “agama” pada masa kini.

"Untuk membawa perubahan dalam negara ini, orang muda mestilah melangkah setapak lagi memasuki media baru dan meninggalkan politik lama,"

“Rakyat Malaysia semakin cerdik dan mereka telah keluar daripada politik primitif dan telah semakin maju ke depan,” ujarnya lagi kepada media.

Sebelum itu, Pakatan Rakyat melancarkan boikot Utusan Malaysia dengan laporan melampau berhubung kes fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim

Edaran media arus perdana Melayu semakin menurun setiap hari dan angkanya di bawah 200,000 naskhah dan angkanya semakin menurun.
(Hidup mati akhbar di Malaysia di dunia, Utusan M – 2/12/2009)

5 ulasan:

  1. Salam Tuan.

    Begitulah hendaknya...

    Amin!!!

    BalasPadam
  2. semoga kita sempat melihat awang selamat menangis, dan menjadi penkritik kerajaan pulak.... he..he..

    BalasPadam
  3. Salam tuan empunya blog;

    Minta jasa baik linkkan blog saya disini.

    Terimakasih, kerana jasa baik.

    BalasPadam
  4. tumpang tanya...utusan tu apa?...botol arak ker apa?

    BalasPadam
  5. Ada orang kata , dalam utusan yang betul hanya keputusan nombor ekor(judi) saja yang betul....aku tak tau orang lain yang kata aku tulis saje...

    Macamanapun memang aku doakan siang malam syarikat ini bangkrap....barulah umno haprak tu mamposss

    BalasPadam

Orang kito