Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Februari 13, 2010

KEADILAN Bukan Tempat Mengaut Keuntungan

Parti Keadilan Rakyat kesal dengan perletakan jawatan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim namun menganggap tindakan itu sebagai sesuatu yang sudah dijangka.

Dalam satu kenyataan media hari ini, KEADILAN melihat tindakan tersebut adalah sebahagian daripada proses penyelarasan dalaman parti bagi memastikan parti serta rakan Pakatan Rakyat lain berada dalam kedudukan terbaik bagi memberikan khidmat serta melaksanakan mandat rakyat.

"Perletakan jawatan Zahrain adalah tindakan awalan beliau kerana beliau akan berhadapan dengan prosiding disiplin parti susulan serangan beliau terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang di dalam media.

"Besar kemungkinan beliau akan dipecat daripada parti sekiranya didapati bersalah. Surat tunjuk sebab telah dihantar kepadanya pada 8 Februari 2010 meminta beliau menjawab sebelum atau pada 12 Februari 2010," kata kenyataan lima perenggan yang dikeluarkan Ketua Penerangan, Latheefa Koya.

Menurut kenyataan itu lagi KEADILAN menyedari tanggungjawab berat untuk memikul kehendak dan keputusan rakyat sebagaimana yang dizahirkan pada Pilihan Raya Umum 8 Mach 2008.

Mereka yang tidak yakin terhadap perjuangan bagi keadilan sosial dan ekonomi tidak dialukan dalam parti malah proses membersihkan parti daripada elemen opportunis akan memberi kesan jangka panjang yang amat baik ke arah perubahan sebenar di Malaysia.

"Tindakan ini diambil tatkala parti menghadapi banyak cabaran kerana Barisan Nasional melihat Pakatan Rakyat sebagai ancaman kepada usaha berterusan mereka untuk memegang tampuk kuasa.

"Ini termasuk perbicaraan terhadap Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pertuduhan palsu.

"Dalam keadaan di mana BN meberuskan tekanan, mereka yang kurang komitmen akan goyah pendirian dan meninggalkan parti, seterusnya mengkhianati rakyat yang memilih mereka. Tindakan mereka mendedahkan agenda sebenar mereka," tambah kenyataan itu.

KEADILAN bertekad untuk memastikan wakil-wakil rakyatnya terus melaksanakan mandat yang diberikan rakyat.

suara-keadilan.com

1 ulasan:

  1. Betul! Betul! Kita di KeAdilan ni memang takda masa nak cari keuntungan apa2.Kita semua sangat sebok pasang strategi camna nak pertahankan DSAI. DSAI sebenarnya takda dosa walau sebesar zahrah sekali pun! Dia tu sebenarnya dah setaraf Wali,status dia jauh lebih mulia dpd TGNA atau para Ulama....dia tak sodomi Azizan,Azmin,Anes,Azizul,Sukma atau Saiful,dia jua tak main dgn Shamsidar. Dia di pitenah oleh Mahathir! DSAI tak pernah salahguna kuasa.Dia buat banglo nilai RM7 juta di Bkt Segambut tu pun adalah hasil upah dia buat bakul rotan masa dlm penjara Sg.Buloh dulu.Dia pandai simpan duit kat overseas,dia penjimat orangnya. DSAI bakal jadi PM terbaik Malaysia-kita akan punya hubungan istimewa dgn Amerika,Singapura dan Israel.Kita akan jadi negara bebas dan hebat kerana DSAI akan mempromosi kebebasan hak individu sejagat di mana tiada lagi jadi kesalahan mana2 individu untuk bersodomi secara suka sama suka- itu hak masing2 la! Malaysia akan jadi negara bebas mcm Singapura dimana institusi2 lapok semuanya akan dihapuskan dan presidennya akan dilantik oleh rakyat!Betul! Betul kita di keAdilan tak minat cari keuntungan- itu hak para pemimpin kita!

    BalasPadam

Orang kito