Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Januari 09, 2010

Dok heboh kalimah 'ALLAH' tapi yang ni tak sapa pun bising....



5 isi penting:

1) 5 buah kelab malam TERKEMUKA sekitar Kuala Lumpur
2) diizinkan perbaharui semula lesen hiburan setelah dibatalkan sebelum ini
3) diumumkan oleh menteri WPKB, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
4) berlaku setelah Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen melakukan pertemuan dgn Nong Chik - melahirkan kekesalan menutup premis kelab malam
5) Raja Nong Chik bersetuju dgn Ng Yen Yen bahawa 'penutupan premis hiburan tidak sepatutnya berlaku kerana sepanjang Jalan P.Ramlee dikenali sebagai kawasan hiburan di waktu malam'

Berita penuh...

Lima Kelab Di Jalan P.Ramlee Dibenarkan Perbaharui Lesen

KUALA LUMPUR: Lima buah kelab malam terkemuka di Jalan P. Ramlee di sini yang sebelum ini lesen hiburannya dibatalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana menghasilkan bunyi bising melebihi had kini dibenarkan untuk memperbaharui lesen berkenaan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, beliau membuat keputusan itu setelah pengusaha-pengusaha kelab itu merayu dan berjanji untuk mengawal paras bunyi berkenaan.

"Setelah berbincang dengan pengusaha-pengusaha kelab ini, saya dah buat keputusan untuk memberi laluan kepada pengusahapengusaha kelab ini memperbaharui lesen mereka.

"Mereka telah menulis surat rayuan, di mana mereka telah merayu dan mohon maaf kepada Datuk Bandar dan juga DBKL atas tindakan lalu iaitu berkenaan dengan pengawalan paras bunyi dan mereka berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya selepas ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kelab malam yang terlibat ialah Rum Junggle, Bar & Restaurant, Beach Club Cafe, Thai Club & Bistro, Passion atau Padi House serta Aloha. Beliau berkata, kelima-lima pengusaha kelab berkenaan memberi jaminan kepadanya bahawa tidak akan wujud paras bunyi yang lebih daripada had ditetapkan.

Menurutnya, standard bunyi pada waktu siang tidak melebihi 55 desibel dan pada waktu malam tidak melebihi 65 desibel.

Sementara itu, di Petaling Jaya, Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen berkata, beliau menemui Raja Nong Chik meminta agar DBKL menimbangkan tindakan mereka.

Ng berkata, penutupan premis hiburan tidak sepatutnya berlaku kerana sepanjang Jalan P.Ramlee dikenali sebagai kawasan hiburan di waktu malam.

Beliau berkata, Raja Nong Chik juga mempunyai pandangan sama dan bersetuju mengkaji semula garis panduan dan peraturan mengenai gangguan ketenteraman awam disebabkan bunyi daripada premis hiburan. - BERNAMA

komen : Yang dok terkinja-kinja cucuk langit kebanyakkannya melayu...tak sapa dok heboh...PERKASA ke, ABIM ke...PKPIM semuanya buat pekak aje...inilah kalau islam suku suku....

1 ulasan:

  1. Jangan tengok jauh2 kt Shah Alam pun ,sejak pakatan rakyat nih!!dah banyat pusat maksiat tumbuh!!!...nyorok disebalik pusat kesihatan???..apa crita??? sama aje.....

    BalasPadam

Orang kito