Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, November 09, 2009

Royalti bukan wang ehsan seperti dalam PERJANJIAN 1975



Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah sendiri mengesahkan perkara itu. Beliaulah yang menteraikan perjanjian usaha minyak antara Petronas dengan kerajaan Kelantan. Pihak kerajaan Kelantan ditandatangani oleh bekas MB, Allahyarham Muhammad Nasir. Perjanjian itu dibuat tahun 1975. Masakan perjanjian itu tidak pernah diselak oleh sesiapa? [Boleh rujuk: http://razaleigh.com/]

Perjanjian itu masih valid dan menjadi dokumen sejarah yang tidak dapat dilupuskan.

Kepentingan perjanjian itu bila mana Kelantan diistyharkan sebagai sebuah negeri pengusaha minyak maka Kelantan berhak mendapat royalit sebanyak 5% seperti Sabah, Sarawak dan Terengganu. Kelantan diistyarkan sebagai negeri pengusaha minyak dalam tahun 2004. Bermakna royalti itu perlu dibayar sejak lima tahun lepas lagi.

Sekiranya Petronas diarah membuat pembayaran, tentulah ia bukan menerusi kerajaan negeri. Pembayaran mungkin dibuat menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Apa yang berlaku di Terengganu tahun 2004 semasa negeri itu diperintah Pas mungkin dilakukan. Petronas telah menggantungkan pembayaran royalti yang diberikan sebelum ini tetapi tiba-tiba ditukar dengan wang ehsan apabila kerajaan UBN tumbang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito