Kawan-kawan dan sahabat handai....

Selasa, November 10, 2009

Rakyat ada sebab kukuh tolak Umno/BN PRU13...mungkir janji dan penganiayaan terancang terhadap kerajaan negeri kelantan

Sebabnya.....mungkir janji...memusuhi kerajaan negeri kelantan dengan memberi wang ehsan dan bukannya royalti.



Adakah orang yang seperti di dalam umno ini boleh dipercayai sedangkan perjanjian yang dibuat Perdana Menteri terdahulu termaktub perjanjian 5% atau lima peratus royalti akan diberikan kepada kerajaan negeri.



Wang Ehsan wujud di zaman che det dan diteruskan pada zaman najib...maknanya kerajaan pimpinan najib masih lagi dianggap menganiaya rakyat negeri terengganu dan negeri kelantan yang rata-rata 90 peratus adalah orang melayu.



Jadi siapakah yang menganiaya orang melayu kalau bukan umno...renung-renungkanlah...jangan sampai tergadai kampung baru nak terngadah.

KUALA TERENGGANU, 9 Nov: Perbuatan mengubah pembayaran royalti minyak kepada wang ehsan yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional kepada negeri Terengganu dan Kelantan adalah satu pengkhianatan yang jahat.

Penasihat Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS Terengganu, Datuk Wan Mutalib Embong berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh DUN Alor Limbat disebuah restoran dekat sini semalam.

"Sepertimana apa yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib di Parlimen dua hari lepas, dia (Najib) kata, kita dah buat keputusan supaya hasil minyak yang dapat di perairan Kelantan itu di beri kepada rakyat Kelantan, tetapi cara dia kata, seperti mana kita beri kepada Terengganu iaitulah melalui wang ehsan.

"Ini pengkhianatan dan jahat yang paling jahat!,"katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh DUN Alor Limbat disebuah restoran dekat sini semalam lapor Buletinonline.

Menurutnya, Najib juga sehingga kini tidak mengotakan janjinya untuk memulangkan royalti minyak Terengganu, sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Katanya, pemberian royalti bukan hak peribadi Najib, namun soal pemberian royalti adalah undang-undang menurut Akta Pembangunan Petroleum 1973.

"Bukan soal bagi (beri royalti), bukan soal hak 'tok' dia, bukannya hak 'bapak’' dia, ini undang-undang, dalam undang-undang Akta Pembangunan Petroleum 1973,"tegasnya.

Menurutnya, akta tersebut memperuntukkan setiap penyerahan hasil minyak kepada kerajaan pusat mestilah dibalas dengan pemberian royalti sebanyak 5% dan perkataan 'lima peratus' itu ditulis dengan terang dan jelas.

Sumber:harakahdaily.net

1 ulasan:

  1. Pelatihan Solat Khusyuk

    Membuka cakrawala dan melatih anda secara langsung tahap-tahap menerima khusyu' dalam solat, menjernihkan jiwa anda, meraih ketenangan sempurna (thuma'ninah) dan pengalaman puncak (peak experience) yang mampu menghalau segala rasa cemas dan nervous.

    Banyak orang beranggapan bahawa solat khusyuk hanya dapat diraih oleh para wali atau para kaum sufi sahaja. Padahal Solat khusyuk itu mudah.

    Sebagaimana terdapat dlm Al-Qur’an, seharusnya setiap orang yang beriman ketika solat mereka dalam keadaan khusyuk. Banyak manfaat solat hanya dapat kita perolehi jika kita melakukan dengan khusyuk. Salah satunya solat akan membentuk peribadi mulia. Solat khusyuk dapat memberi kebaikan secara langsung kepada diri kita, keluarga, pekerjaan dan persekitaran

    Kursus Khusyuk Itu Mudah menggunakan kaedah pendekatan yang mudah difahami dan telah terbukti keberhasilannya. Dibimbing secara langsung oleh Ustaz Abu Sangkan, penulis buku best seller PELATIHAN SHALAT KHUSYU’, peserta akan diajak untuk meraih solat khusyuk dengan cepat.

    Jangan lepaskan peluang ini untuk mengikuti Kursus Khusyuk Itu Mudah dan laluilah nikmat hari-hari penuh kedamaian
    Daftar Segera – Tempat Terhad

    Tarikh: 21 – 22 November 2009 (Sabtu dan Ahad)
    Yuran: RM250
    HUBUNGI: SOLAT CENTER MALAYSIA:
    019 267 9294, 019 624 1965, 019 262 7304, kualalumpur@shalatcenter.com

    BalasPadam

Orang kito