Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di dalam usaha mengejar glamour untuk memulihkan imejnya yang banyak tercalar akhirnya terperangkap dengan ucapannya sendiri.
Pada awalnya Bernama melaporkan Musa Hassan berkata Menteri Kabinet adalah antara individu yang akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes penyiaran dan penyebaran Kertas Kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di sebuah laman web baru-baru ini.
"Polis akan memanggil mereka yang dipercayai terlibat termasuklah menteri," katanya kepada pemberita selepas selesai melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini pada Rabu.
Tiba-tiba keluar satu lagi berita oleh Bernama pada sebelah malamnya menyatakan Musa Hassan menafikan laporan berita yang memetik beliau sebagai berkata bahawa ada menteri akan dipanggil bagi membantu siasatan kes penyiaran dan penyebaran Kertas Kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Bukit Aman dalam satu kenyataan di sini menjelaskan bahawa Musa tidak pernah menyatakan bahawa menteri akan dipanggil bagi tujuan itu ketika menghadiri satu majlis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pagi ini.
"Apa yang beliau (Musa) katakan adalah saksi atau individu akan dipanggil bagi membantu siasatan dan kenyataan mereka diambil," kata Penolong Pengarah Pengurusan bagi Hal Ehwal Awam ACP Lai Yong Heng dalam kenyataan itu.
Samada Bernama atau Bukit Aman (Musa) atau kedua-dua adalah pendusta.
Kawan-kawan dan sahabat handai....
Khamis, September 24, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
citpodah.. kerna mulut,badan binasa..haha wat2 kantoi lak musa nih..kui3
BalasPadam