J/K pusat MCA batal pemecatan Chua
Jawatankuasa Pusat MCA (CC) hari ini mengubah keputusan Majlis Presiden pada 26 Ogos lepas untuk memecat timbalan presiden Datuk Dr Chua Soi Lek dari parti itu.
Sebaliknya, CC menggantung keahlian Dr Chua selama empat tahun berkuatkuasa serta merta.
Sebelum ini, Majlis Presiden MCA mengesahkan syor jawatankuasa disiplin parti itu supaya Chua dipecat ekoran skandal video seks didakwa telah mencemarkan imej parti itu.
Keputusan itu telah mendorong penyokong Chua untuk melancarkan kempen mengutip tandatangan para perwakilan parti itu, mendesak supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membatalkan pemecatan Chua dan mendesak supaya Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat meletak jawatan.
Mereka berjaya mendapat tandatangan satu pertiga atau lebih 800 perwakilan seperti yang diperlukan untuk mengadakan EGM tersebut.
Kejayaan mereka itu dilihat sebagai satu isyarat bahawa ramai perwakilan dan ahli akar umbi MCA yang tidak menyokong pemecatan timbalan presiden MCA itu.
Para pemerhati politik menyifatkan keputusan jawatankuasa pusat membatalkan keputusan majlis presiden itu sebagai satu usaha untuk meredakan krisis yang melanda parti komponen kedua terbesar dalam BN itu.
Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib sendiri telah menasihatkan pucuk pimpinan MCA supaya segera menyelesaikan krisis dalaman parti itu kerana ia turut menjejaskan BN.
Najib kini sedang berusaha untuk memulihkan sokongan kepada BN yang kalah teruk dalam pilihanraya umum tahun lalu di mana ia terlepas lima negeri kepada pembangkang serta hilang penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

SEMANGAT BN SUDAH PUDAR IANYA TAK AKAN PULIH MELAINKAN ORANG No 1 dan No 2 MELETAKAN JAWATAN TAPI MEREKA DOK BERAT NAK UNDUR SEBAB2 NYA KAU ORANG MESTI TAHULAH. MCA DALAM KRISIS MIC PUN SAMA JUGA PBS DISABAH APA KURANG NYA DALAM KEADAAN TERUMBANG AMBING UMNO GANU HAMPIR PUNAH DENGAN PERANGAI NYA BAGI RAKYAT SEKOTAK KURMA SEBOTOL AIR ZAMZAM KALA KAZAM ITU SUDAH CUKUP BAGUS KATA AHMAD SAID. DAN KITA HARAP BN AKAN HANCUR SEDIKIT MASA LAGI
BalasPadam