Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, Julai 20, 2009

Siapa lagi selepas ini???






Siapa lagi selepas ini??? Yang masuk ke Pakatan Rakyat berduyun dan berbondong-bondong, yang kembali ke gerombolan ubn rasanya sifar atau di bawah sifar…..

Dari Perlis sampai ke Johor di Semenanjung tanahair, dari akar umbi hingga ke peringkat
Kepimpinan tertinggi tak kira dari umno, mca, mic atau komponen yang lain makin hari makin meningkat dan menarik minat rakyat untuk keluar dan menyertai saf kepimpinan baru di dalam Pakatan Rakyat.

Semua yang berhijrah kerana tidak lagi percaya dengan style pecah dan perintah yang dibawa oleh british dan kesinambungannya oleh umno dan barisan nasional.

Rakyat tak kira melayu, cina, India, iban dan kadazan juga sudah tidak percaya kepada parti politik berasaskan kaum.

Apa yang terjadi adalah perjalanan baru yang bakal ditempuhi oleh setiap negara. Apa yang terjadi dengan dasar Aparthied di Afrika, yang terjadi di Amerika apabila Obama menjadi presiden yang dulu terkenal dengan perbezaan warnanya yang diamalkan di rumah putih.

Mahu atau tidak, Malaysia juga bakal mengikuti jejak langkah yang sama dan itu adalah kenyataan yang perlu ditempuhi.

Gelombang tsunami politik masih belum reda. Di Perlis, PKR semakin berkembang dengan keadaan tidak ketentuan umno disana, Di Terengganu keadaan yang serupa, masih lagi tidak tenteram dengan kewujudan 2 kem yang saling jatuh menjatuhkan satu sama lain.

Di Melaka juga ditembusi PR, terbaru di Johor pun kubu kuat umno telah pecah. Ironisnya tiada seorang pun yang mendakwa diri mereka masuk BN dan umno walaupun dikalangan ADUN yang melompat di Perak. Semuanya bebas dan bukannya umno atau mca.

Senarai dan keahlian didalam Pakatan Rakyat semakin hari semakin panjang manakala umno dan Barisan Nasional semakin hari semakin pendek dan kelam.

Manik Urai bukanlah kayu ukuran untuk menilai prestasi umno dan bn, dengan segala bentuk penipuan dan penyalahgunaan kuasa tidak melambang 1malaysia diterima rakyat.

Malahan yang makin diterima baik rakyat adalah Harapan Baru untuk Malaysia yang menegaskan keadilan untuk semua rakyat Malaysia.

Kini Najib tidak boleh lagi mendabik dada pemerintahan 100 harinya yang tercalar dengan kekalahan di Manik Urai dan kematian ‘mengejut’ Teoh Beng Hock di pejabat SPRM yang terjatuh selepas disoalsiasat. Satu perkembangan yang cukup tidak menarik bagi seorang yang baru bergelar PM seratus hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito