AMPANG - Gara-gara tidak menepati janji yang dibuat terhadap isterinya, seorang suami terpaksa menerima rawatan di Pusat Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat ditikam.
Walaupun si isteri bertindak di luar dugaan, namun dia tidak sanggup melihat suaminya meraung kesakitan sebelum membawanya mendapatkan rawatan di HKL.
Perbuatan luar kawalan itu dilakukan apabila suami yang berusia 26 tahun itu berjanji akan pulang ke rumah kira-kira jam 7 petang selepas menonton perlawanan bola sepak antara pasukan Malaysia dan Manchester United, kelmarin.
Namun penantian isteri sehingga jam 1 pagi tidak menunjukkan tanda kepulangan suaminya dipercayai antara punca pergaduhan antara kedua pasangan berkenaan terbabit.
Bagaimanapun suaminya pulang ke rumah kira-kira jam 2 pagi. Isteri yang mulanya tidak puas hati dengan perbuatan suaminya itu mula meninggikan suara sebelum berlakunya pertengkaran antara mereka.
Dalam keadaan tidak terkawal, pertengkaran menjadi lebih tegang sebelum isterinya yang bekerja sebagai pembantu jualan menikam suaminya.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi di Kondominium Pandan Height, Pandan Indah itu, mangsa kini berada dalam keadaan parah, bagaimanapun dilaporkan stabil.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Kominsioner Abd Jalil Hassan berkata, polis telah menahan isteri kepada mangsa berikutan satu laporan polis yang dilakukan oleh pegawai perubatan HKL yang merawatnya.
“Kita bertindak ekoran maklumat itu dan menahannya tadi (semalam),” katanya.
Kes berkenaan di siasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan kepada mangsa.
Sumber:sinarharian.com.my

Tiada ulasan:
Catat Ulasan