Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Jun 06, 2009

Sokong Husam Musa

Tiga naib presiden baru tolak Umno, kata Husam

Walaupun gagal merebut kerusi timbalan presiden PAS, Datuk Husam Musa yakin, ketiga-tiga naib presiden yang baru terpilih, akan terus menolak sebarang kerjasama dengan Umno.
Menurutnya, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar serta separuh daripada ahli jawatankuasa yang baru itu, berkongsi pandangan politik yang sama dengan beliau.
"Saya amat bersyukur kerana naib dan ahli jawatankuasa yang terpilih kebanyakannya akan melaksanakan pandangan politik saya. Dan mereka pada hemat saya, akan meneruskan keputusan muktamar sebelum ini," kata Husam.
"Pandangan politik saya, PAS mesti menggantikan Umno untuk (kebaikan) Islam dan untuk (membawa) perubahan dalam negara. "Dan tidak ada jalan pintas untuk bekerjasama dalam apa-apa cara (dengan Umno). Dan untuk itulah saya bertanding jawatan timbalan presiden."
Tuan Ibrahim dan Salahuddin dilihat lebih rapat dengan kumpulan profesional manakala Mahfuz pula - walaupun dilihat bersikap berkecuali - tetapi dikatakan lebih rapat dengan kumpulan berkenaan.
Dalam pemilihan tersebut, Tuan Ibrahim yang Pesuruhjaya PAS Pahang, mendapat 871 undi; diikuti oleh Salahuddin yang juga bekas ketua Dewan Pemuda PAS (824) dan Mahfuz yang juga ketua Penerangan PAS memperolehi 636 undi.
Dua lagi calon - Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mujahid Yusof Rawa mendapat 277 undi manakala Exco Kerajaan Kelantan, Nik Amar Nik Abdullah memperolehi 333 undi.
Mujahid bagaimanapun berjaya terpilih menganggotai Jawatankuasa Pusat PAS.
Husam juga berikrar akan terus memantau perkara itu yang telah ditolak dalam muktamar tahunan mereka sebelum ini, walaupun tanpa jawatan.
"Saya mungkin janggut tak cukup panjang. Mungkin perwakilan tidak suka saya. Ia lebih kepada (faktor) saya," katanya berseloroh.
Husam diminta mengulas sama ada mesej beliau tidak diterima perwakilan.Katanya, kekalahan beliau mungkin disebabkan tidak menjalan kempen yang agresif serta "banyak elemen tidak menyebelahinya".
"Dalam organ parti sendiri, pada pendapat saya, sedikit sebanyak berat sebelah. Saya tahu cabaran berat di hadapan saya. Pertama, saya tidak boleh menyatakan kritikan terbukan dan (menyampaikan) pandangan saya yang berbeza.
"Oleh itu, maklumat daripada satu pihak telah disampaikan melalui pelbagai cara. Dan dalam suasana seperti itu, tentulah kalah lebih mudah daripada menang," kata Husam.
Sumber malaysiakini, sila klik disini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito