Kawan-kawan dan sahabat handai....

Selasa, Jun 02, 2009

Erdogan disanjungi....bersyukur kalau ada


Tok guru bersyukur jika ada manusia seperti PM turki, Erdogan di dalam PAS.
Atas keberanian beliau menghentam Israel dalam kekejaman palestin semasa perang Gaza dan jikalau ada tokoh seperti Erdogan di dalam PAS amatlah dialu-alukan kerana di Malaysia, umno adalah mirip pada kepimpinan sekular yang menjadikan duniawi sebagai teras kewujudannya.


Ulama adalah tunjang manakala golongan profesional adalah pemangkin. Sebagai sebuah parti berasaskan Islam untuk semua maka sebarang tindakan dan hubungan dengan golongan sekular hendaklah dilakukan dengan teliti dan berhati-hati kerana asas perjuangan golongan ini terutama UBN adalah semata-mata duniawi.


Maka setiap ahli PAS atau ahli di dalam Pakatan Rakyat hendaklah sentiasa bersedia dengan fitnah dan adu domba golongan sekular ini. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan cumalah untuk memecahbelahkan kesepakatan dalam pakatan yang terjalin serta memporak -perandakan jemaah PAS.


Pemilihan UMNO dan muktamar PAS tidak ada kesamaannya, UMNO dipenuhi dengan kontraktor berbincang mencari kedudukan, pangkat, kuasa dan kekayaan manakala muktamar lebih kepada mencari pemimpin dari golongan ulama dan profesional dalam mengharungi dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran dalam menegakkan syiar islam dan disamping berjaya di dalam membawa ekonomi dan taraf pendidikan umat islam pada tingkat yang lebih tinggi lagi.


Semoga muktamar PAS yang akan berlangsung ini diredhai dan diberkati Allah.

Maka ingatlah, 'Yang Baik itu Datang dari ALLAH dan sebaliknya datang daripada diri kita sendiri'. Takbir!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito