Perkembangan terkini di Perak:
4.10 Petang - Pengarah Strategi KeADILan Tian Chua ditahan di perkarangan Dun Perak.
Sementara itu, Raja Nazrin bersalaman dengan semua Adun Pakatan Rakyat seterusnya dengan Adun BN selepas itu Pengerusi Dap Perak Ngeh Khoo Ham berkata Nizar dititah untuk mengadap Raja Nazrin di kamar diRaja.
4.05 Petang - Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah menamatkan titah ucapan baginda dalam perasmian pembukaan sidang dewan setelah menyampaikan ucapan kira-kira setengah jam.
Sidang Dun Perak hari ini ditangguhkan.
4.00 Petang - Zuraida Kamaruddin sekali lagi dihalang memasuki dewan walaupun memegang kad jemputan. Beliau dihalang masuk kerana diundang oleh Speaker V. Sivakumar. Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin mengutuk kejadian ini.
3.50 Petang - Menurut Tian Chua Mat Sabu juga sudah dibebaskan
3.40 Petang - Seramai tahanan pagi tadi dibebaskan termasuk Wanita KeADILan Zuraida Kamaruddin dan Adun Teratai Janice Lee.
3.20 Petang - Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah telah memasuki dewan dan sedang bertitah.
2.45 Petang - Kekecohan dalam sidang Dewan berterusan selepas sidang bersambung semula
sebentar tadi apabila wakil -wakil Pakatan Rakyat dan BN bergelut sesama mereka.
Menurut sumber, 20 orang anggota polis memasuki dewan. Kerusi Speaker bersama Sivakumar dan membawa keluar dewan.Keadaan bertambah rumit. beberapa orang wakil Pakatan Rakyat dipukul di dalam dewan.
Menurut sumber, 20 orang anggota polis memasuki dewan. Kerusi Speaker bersama Sivakumar dan membawa keluar dewan.Keadaan bertambah rumit. beberapa orang wakil Pakatan Rakyat dipukul di dalam dewan.
2.15 Tengahari - Dewan kembali kecuh apabila keadaan tolahk-menolak untuk menghalang Ganesa memasuki dewan. Kelihatan polis memasuki dewan untuk menenangkan keadaan. Wakil Pakatan Rakyat menyuruh polis keluar dewan.
2.05 Tengahari - Seramai hampir 70 orang ditahan di Balai Polis Sungai Senam setakat ini. Juga hampir sepuluh peguam Pakatan Rakyat sudah berada di balai termasuk Karpal Singh, Kulasegara, Madzi Hasan dan lain-lainnya. Sementara itu, di hadapan balai, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat menunjuk perasaan dengan mempamirkan slogan 1Black Malaysia.
Sumber : Suara Keadilan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan