Antara janji atau retorik....antara DSAI atau Najib....persoalannya disini, apakah ikhlas tindakan yang dilakukan UBN sekarang atau cuma political mileage semata-mata. Pada PRU12, DSAI menjanjikan keadilan untuk semua, maksudnya keadilan pada semua bangsa tak kira melayu,cina,india,iban dan kadazan dan berbeza dengan 1malaysia yang cuma retorik dan kosmetik pada satu pemerintahan ala pecah dan perintah, konsep pada zaman penjajahan british yang diamalkan UBN, dulu...kini dan selamanya.
Apa hebatnya Najib menjadi PM jika acara pengumuman PM sama dan tiada perubahan...setiap kali PM baru,tahanan ISA dilepaskan, kemudian rombakan kabinet dapurnya yang seperti tikus membaiki labu, apa agendanya 1malaysia....menghapuskan 30 peratus kuota bumiputra, liberisasi bank tempatan, menutup MECD cuma dan hanya kerana untuk memancing sokongan bukan melayu yang dilakukan secara tidak ikhlas seperti melepas batuk di tangga sahaja.
Apakah janji DSAI dan bukan sekadar retorik sebagaimana didakwa sesetengah pihak yang sekarang sudah terlaksana dalam negeri-negeri pakatan rakyat. Contohnya di negeri selangor, terlaksananya satu demi satu manifesto PRU12 dari rakyat dan untuk rakyat seperti Mesra Usia Emas, Tabung Anak negeri Selangor, Bekalan air 20 meterpadu percuma, menaiktaraf pendidikan rakyat selangor dan berbagai lagi program khususnya untuk rakyat dan dalam pada itu DSAI juga menjanjikan dalam menjaga kepentingan semua kaum dan pada masa yang sama, orang melayu diberi keutamaan untuk bersaing dengan bangsa lain dalam mengharungi masa depan yang lebih mencabar. Kata orang, 'duduk sama rendah, diri sama tinggi'.
Di kala Najib melafazkan retorik 1malaysia, ironinya tiada pula kedengaran atau analisa penganalisa politik tempatan yang menyuarakan komen pada retorik Najib itu, apatah lagi cara perlantikan Najib sebagai PM seperti rampasan kuasa secara halus dari Pak Lah yang memusykilkan seluruh negara dan dengan berbagai masalah dan skandal yang masih tidak terjawab.
Kesimpulannya, Malaysia amat mendahagakan sentuhan kepimpinan yang dinamik dalam memacu negara ke arah bangsa yang gemilang tanpa menyisihkan mana-mana bangsa. Harapan Baru masih menjadi harapan rakyat dan semoga harapan menjadi kenyataan satu hari nanti.
Bak kata DSAI,
'Kalau bukan hari ini.....esok'
'Kalau bukan minggu ini......minggu depan'
'kalau bukan bulan ini.......bulan depan'
'kalau bukan tahun ini.......tahun depan'
tapi.....
LAWAN TETAP LAWAN
Salam Reformasi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan