Kawan-kawan dan sahabat handai....

Selasa, April 13, 2010

Laporan audit: YBK gadai tanah lebih RM100 juta

Kerajaan Selangor hari ini mengedarkan kertas putih mengenai Yayasan
Basmi Kemiskinan (YBK) kepada DUN Selangor, antara lain mendapati
penggadaian 16 lot tanah bernilai lebih 100 juta kepada beberapa
pihak.

Menurut laporan setebal kira-kira 60 mukasurat - termasuk lampiran -
itu, kerajaan negeri menganugerahkan tanah seluas 1,977.428 ekar di
beberapa daerah di Selangor tetapi tidak menerima bayaran dan sebarang
laporan selama 13 tahun.

Membacakan ringkasan eksekutif laporan tersebut, Menteri Besar Tan Sri
Khalid Ibrahim juga mendedahkan, salah satu subsidiari yayasan
tersebut - Permodalan YBK Sdn Bhd (PYBK) - terlibat dengan gadaiaan
berjumlah RM102 juta.

"Gadaian ini boleh menyebabkan tanah yang dianugerahkan untuk tujuan
membasmi kemiskinan jatuh ke tangan pihak ketiga," kata Khalid dalam
sidang media di pejabat menteri besar di DUN Selangor.

Khalid juga mendakwa laporan yang disediakan Jabatan Audit Selangor -
sebuah agensi di bawah kerajaan persekutuan - akan dibawa kepada
penelitian sebuah jawatankuasa khas kerana ia "belum lengkap"
sepenuhnya.

"Siasatan audit negeri Selangor telah dihalang masuk ke dalam premis
YBK walaupun yayasan terebut memberitahu media tidak akan menghalang
usaha pengauditan," kata Khalid lagi.

Sehubungan itu, satu jawatankuasa khas dianggotai badan bebas seperti
majlis peguam dan Tranparency International akan dilantik untuk
menganggotainya.

Butiran lanjut jawatankuasa tersebut belum ditentukan buat masa ini, tambahnya.

Antara kandungan laporan tersebut:

* YBK dianugerahkan tanah khas untuk aktiviti membasmi kemiskinan,
tetapi terdapat daripadanya digunakan untuk projek komersial.

* Terdapat keraguan terhadap rancangan pembinaan universiti di
Serendah kerana YBK didakwa tidak membuat permohonan rasmi kepada
agensi kerajaan terlibat.

* Laporan kewangan YBK yang disiarkan di laman web tidak membuat
perincian terhadap aktiviti subsidiari, termasuk cagaran.

* Terdapat rumah YBK yang diduduki oleh pihak yang bukan daripada
golongan miskin. - malaysiakini

1 ulasan:

  1. Patutlah tauke YBK buat kecoh, rupanya ada benda nak disembunyikan.

    BalasPadam

Orang kito