Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, April 16, 2010

KDN Tidak Serius Siasat Dakwaan Ejen Zionis Israel dalam PDRM

Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM 16 Apr - CheGuBard yang membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Seremban Rabu lalu berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang telah membentangkan bukti di dalam Parlimen dan Menteri Kementerian Dalam Negeri serta Ketua Polis Negara telah mengakui kewujudan syarikat dan agen Israel tersebut tetapi tiada tindakan diambil terhadap individu terbabit.

"Saya telah membuat laporan polis terhadap syarikat Asiasoft Sdn Bhd dan apabila Anwar dedahkan perkara ini di Parlimen, Menteri terbabit dan Ketua Polis Negara telah mengakui tentang kewujudan syarikat tersebut dan sertaindividu terbabit telah dihalang memasuki PDRM Bukit Aman.

"Persoalan yang penting ialah isu keselamatan negara, ini bukan perkhidmatan cuci tandas di Bukit Aman tetapi sistem maklumat IT yang dibangunkan oleh agen Israel.

"Saya gesa Menteri dan Ketua Polis mohon maaf dan pihak yang bertanggungjawab harus membayar gantirugi, jika tidak Menteri dan Ketua Polis Negara seharusnya meletak jawatan," tegas beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.

Setakat ini Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengumumkan minggu lalu bahawa empat abdan bebas akan dilantik untuk menyiasat dakwaan Anwar.

Walau bagaimanapun sehingga kini tidak ada laporan perkembangan mengenai siasatan yang dicadangkan mahupun mekanisma siasatan yang digunapakai.

Sumber: Suarakeadilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito