Kawan-kawan dan sahabat handai....

Khamis, Disember 17, 2009

berita kurang enak untuk semua....


Kerajaan juga akan mengenal pasti sumber lain dan mengurangkan subsidi

Kerajaan amal perbelanjaan berhemat: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak menjangkakan sebarang kesan besar terhadap Belanjawan 2010 berikutan penyusutan keuntungan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) tahun lalu.

Perdana Menteri berkata, beliau yakin kerajaan masih mampu mencapai semua sasaran ditetapkan untuk rakyat dan negara, walaupun Petronas akan membayar royalti kurang kepada kerajaan.

Selain royalti, Petronas turut membayar dividen, cukai pendapatan, cukai pendapatan korporat dan duti eksport kepada kerajaan.

"Kita masih mampu mencapai sasaran melalui pengurangan perbelanjaan dan perbelanjaan berhemat.

"Kerajaan juga akan mengenal pasti sumber lain dan mengurangkan subsidi secara berperingkat dengan cara yang lebih terancang," katanya semalam.

Najib juga menegaskan kerajaan mempunyai pendekatan tersendiri bagi menjamin defisit belanjawan boleh dikurangkan kepada 5.6 peratus.

P/S- Tahun mendatang bakal memeritkan pada semua rakyat, tanpa bonus atau kenaikan gaji atau insentif, rakyat bakal terjerut tercekik dengan pelbagai subsidi bakal dipotong dan perbelanjaan tambahan bakal menekan rakyat yang kini semakin disempitkan dengan pelbagai jenis cukai baru yang akan dikenakan terhadap rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito