Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Julai 10, 2009

terkini:tembelang umno pecah terburai di manik urai

Gambar ehsan siasahdaily.blogspot.com


Gambar di atas menceritakan segala-galanya. Sememangnya benarlah Timbalan Presiden PAS,Nasharuddin Mat Isa menjalani pembedahan usus di hospital serdang hari ini jam 11.00 pagi dan jika tiada aral melintang akan berceramah bersama Tok Guru Nik Aziz sabtu ini di manik urai.

Ternyata rancangan jahat umno untuk memporak-peranda PAS tidak berjaya. Hmmm ....melopong lagi lah umno di manik urai. Perjuangan umno dan perjuangan Pas tidak sama malah tak serupa jadi tak payahlah nak memperlagakan orang-orang PAS.

So Khairy...ada apa lagi nak cakap....kalau takde...say goodbye to manik urai lah....salam

dibawah adalah berita utusan meloya untuk memecahbelahkan PAS semalam

Nasharuddin 'malu mata' ke Manek Urai?

KUALA KRAI 7 Julai - Pas tidak menolak kemungkinan Timbalan Presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa berasa segan untuk muncul berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Tindakan itu difahamkan ada kaitan dengan kritikan pedas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap Nasharuddin baru-baru ini berikutan sokongannya terhadap idea kerajaan perpaduan.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun turut mengakui sehingga hari ini Nasharuddin belum dijadualkan untuk menyampaikan ceramah.

Bagaimanapun beliau menafikan perkara itu disebabkan wujud masalah dalam hubungan mereka dan memberi alasan jemputan untuk berceramah adalah dalam bidang kuasa Pas pusat.

"Tiada masalah, cuma barangkali mereka segan nak mari, mungkin 'malu mata'.

"Pemimpin atas yang panggil bukan saya. Saya tiada kuasa untuk tawarkan," katanya pada sidang akhbar di Markas Induk Pas di Manek Urai di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito