Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Julai 10, 2009

Giliran Mat Jawa pulak kena hentam....wak tempe satu


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kontroversi banglo mewah milik bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, boleh menjejaskan moral Umno dan BN.

Sehubungan itu beliau menggesa Dr Mohd Khir supaya menjelaskan punca pembiayaan rumah beliau yang dikatakan bernilai RM24 juta itu.

"Beliau perlu menjelaskan di mana beliau memperoleh wang... tak bolehlah kata RM3 juta. Saya pun ada rumah juga, rumah saya RM1 juta saya belanja di The Mines, rumah dia berapa kali besar daripada (rumah) saya," katanya.

Sebelum ini, ADUN DAP Sekincan, Ng Suee Lim membangkitkan isu pembelian dua lot tanah serta sebuah banglo mewah di Seksyen 7, Shah Alam oleh Dr Mohd Khir Toyo yang didakwanya berharga RM24 juta.

Media memetik Ng mendakwa jumlah itu tidak mungkin mampu dibiayai Dr Mohd Khir melalui pendapatannya selama lapan tahun menjadi menteri besar.

Bekas menteri besar Selangor itu, ketika diminta mengulas mengenainya, mengakui membeli dua lot tanah berserta sebuah banglo mewah terbabit tetapi dengan harga RM3.5juta dan bukan RM24 juta seperti yang didakwa oleh Ng. -wargamarhaen.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito