Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, Julai 22, 2009

orang melayu melopong lagi....hooray



ASM habis dilanggan
KUALA LUMPUR: Kesemua unit Amanah Saham Malaysia (ASM) yang ditawarkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) sudah habis dilanggan, kata PNB dalam satu kenyaataan hari ini.

Semalam, PNB menawarkan baki 1.6 bilion unit ASM yang tidak dilanggan, termasuk kuota Bumiputera, kepada semua rakyat Malaysia mulai 21 Julai ini.

Sebanyak 1.6 bilion unit yang ditawarkan itu merupakan sebahagian daripada 3.33 bilion unit tambahan ASM yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 20 April lepas di Minggu Saham Amanah Malaysia, di mana pertama kalinya sistem kouta diperkenalkan bagi saham tersebut. BERNAMA

Hasil dasar liberisasi Najib.....orang melayu tak ada apa yang nak dibanggakan. Nampaknya anak didik Mahathir bukan membantu....menjahanamkan lagi orang melayu adalah. Menang Sorak Kampung Tergadai...begitulah nasib kita.

Nak tanya mana pegi krismuddin, ibrahim alkataki...apa lagi tinggal untuk orang melayu...tinggal la apa yang melekat kat badan...kalau yang tu boleh gadai...pun nak digadaikan jugak...nasib badan la dapat pemimpin semacam ni.

1 ulasan:

  1. Sebenarnya bro..saham nie untuk dana kerajaan...
    katakan harganya rm 1.00.nanti bila beli memang rm 1.00 tapi kalau jula semual mesti down punya...contohnya bila jual semula rm 0.75...mana lagi rm o.25??? rm 0.25 x 1.6 bilon???

    memang la nak tampung budget 60 bilion.....

    BalasPadam

Orang kito