Kawan-kawan dan sahabat handai....

Selasa, Julai 21, 2009

Bank kehabisan wang di Manek Urai...kalah bermaruah konon

KUALA NERUS, 21 Julai (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bio-Teknologi Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi mendakwa terlalu banyak wang yang digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil di N41 Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai, baru-baru ini.

Katanya, wang yang banyak itu digunakan bagi 'membeli' (merasuah) pengundi-pengundi dalam pilihan raya kecil tersebut.

Ini kerana, kata beliau beberapa buah bank di bandar Kuala Krai terpaksa ditutup sehari sebelum hari mengundi kerana kehabisan wang.

"Bank di Kuala Krai pada sehari sebelum mengundi terpaksa tutup kerana habis duit, dikeluarkan beberapa juta dalam masa singkat,"jelasnya pada satu Majlis Ceramah Penerangan di Kampung Paya Datu, Teluk Pasu, kelmarin.

Menurutnya, ketika jentera perayu undi PAS mengadakan lawatan rumah ke rumah terdapat di kalangan para pengundi yang mendakwa menerima wang dari pemimpin Umno-BN.

"Semasa perayu undi kita (PAS) buat kunjungan rumah ke rumah pengundi didapati ada tuan-tuan rumah yang mengeluarkan beberapa sampul surat berisi wang yang tertulis dengan nama-nama pemimpin Umno-BN pada sampul surat itu,"ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya benar-benar telus agar mengambil tindakan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin kerana merasuah secara terbuka pengundi-pengundi di Manek Urai.

Katanya, Muhyidin berjanji untuk membina jambatan di Manek Urai Lama jika calon BN menang dalam pilihan raya tersebut adalah satu rasuah yang cukup jelas.

"Perkataan itu (janji-janji) sepatutnya tidak keluar dari mulut seorang tokoh demokratik, kerana itu merupakan rasuah yang cukup jelas.

"Sebagai kerajaan tidak boleh menjanjikan upah kemenangan itu dengan satu benda,"tegasnya.

Turut hadir pada majlis tersebut Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus, Ustaz Abu Bakar Abdullah, Ketua Urusan Ulamak Kuala Nerus, Ustaz Ismail Che Dagang dan AJK PAS Kuala Nerus, Ustaz Awang Embong. - azm _

Yang ni SPRM tak nak siasat pulak.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito